Daulah Educonsult menawarkan pelajaran ke luar negara yang mengalami empat musim. Negara yang mengalami empat musim ditawarkan oleh Daulah Educonsult ialah Poland dan Rusia. Syarat bagi pelajar yang ingin sambung pengajian ke dua negara hendaklah mempunyai sijil SPM, STPM, A-level, O-level dan setaraf dengannya dengan mendapat keputusan yang baik.
Di Rusia, suasana di sana adalah sangat sejuk dan hampir sepanjang tahunnya akan terasa sejuk walaupun musim panas. Namun itu bukan halangan untuk pelajar memilih sambung pengajian ke negara tersebut.
![]()
Bidang yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult di Rusia ialah pra-perubatan, perubatan, gerontology, kejuruteraan, kejuruteraan pesawat, pengurusan perniagaan antarabangsa dan lain-lain bidang. Selain itu, terdapat beberapa universiti yang ditawarkan di Rusia di bawah Daulah Educonsult iaitu,
? Kursk State Medical University
? Russia National Research Medical University
? Saint Petersbug University
? Privolzhsky Research Medical University
? Volvograd State Medical University
? I.M. Sechenov First Moscow State Medical University
? Moscow Aviation Institute
Selain itu, negara yang mengalami empat musim ditawarkan oleh Daulah Educonsult ialah Poland. Negara ini terletak di tengah-tengah negara Eropah dan bersempadan dengan Jerman.
![]()




