Safer bukan sahaja menawarkan perkhidmatan yang banyak tetapi juga menawarkan pekerjaan kepada mereka yang ingin menjana pendapatan secara dalam talian. Bagaimana untuk berdaftar? Muat turun sahaja aplikasi Safer Driver di Google Play Store atau Apple Store dan berdaftar di dalam aplikasi tersebut. Untuk lebih mudah, tekan sahaja link di bawah.
Safer driver Apple Store :https://apple.co/2ZvyNeX
Safer driver Google Play Store:https://bit.ly/2yp8ADH
Setelah muat turun, jangan lupa untuk melakukan pendaftaran sebagai Safer Delivery Partner dan Safer Driver. Anda hanya masukkan beberapa dokumen, gambar dan makkumat sahaja ke dalam pendaftaran tersebut. Pendaftaran adalah percuma untuk semua Safer Delivery Partner atau Safer Driver. Video di bawah akan menerangkan bagaimana cara untuk melakukan pendaftaran.
Setelah melakukan pendaftaran, hanya perlu tunggu sahaja tempahan daripada user Safer untuk melakukan tempahan mereka. Bagaimana pula nak terima ‘job’ daripada pengguna? Safer telah menyediakan video ringkas yang mudah untuk difahami.
Safer menawarkan berbagai perkhidmatan dalam satu aplikasi yang mana memudahkan pengguna untuk melakukan tempahan. Perkhidmatan yang ditawarkan ialah Safer Ride, Safer Swift, Safer Delivery dan Safer Food yang mana setiap perkhidmatan ini menawarkan perkhidmatan yang berbeza.
Safer Ride ialah perkhidmatan membawa penumpang menggunakan kereta manakala Safer Swift membawa penumpang menggunakan motorsikal. Safer Delivery ialah perkhidmatan penghantaran barang atau bungkusan samaada menggunakan kereta atau motorsikal, dan Safer Food ialah perkhidmatan menempah makanan di dalam aplikasi.
Safer delivery partner dan driver yang berdaftar akan menerima pendapatan aktif daripada tempahan yang  dilakukan oleh pengguna. Namun, Safer delivery partner dan driver atau dipanggil provider juga boleh menjana pendapatan secara pasif. Selepas melakukan pendaftaran, anda akan menerima satu referral code yang mana referral code tersebut boleh dikongsi kepada orang lain. Apabila orang lain berdaftar dan menggunakan perkhidmatan yang terdapat di Safer, anda akan menerima 1 peratus bayaran daripada cas pengangkutan yang dikenakan. Makin ramai yang guna kod tersebut, makin banyak pendapatan akan diperoleh.
Mudah kan berurusan dengan Safer? Pendapatan pun boleh dijana dalam satu aplikasi sahaja. Bagi mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila layari laman web dan nombor yang tertera di bawah.
• Website : https://www.safer.my/
• Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
• Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
• Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
• Youtube : https://bit.ly/safergroup
Khidmat Pelanggan : 01120586389

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here