Safer Food merupakan salah satu aplikasi yang telah dikeluarkan oleh Safer untuk membantu peniaga mempromosikan makanan secara dalam talian. Safer Food ialah tempat untuk menguruskan segala tempahan yang yang ditempah oleh pengguna.
Siapa yang layak untuk berdaftar di Safer Food sebagai Safer Food Merchant? Peniaga kecil, suri rumah yang memasak dari rumah, trak makanan, restoran dan lain-lain. Pendaftaran untuk Safer Food Merchant adalah percuma di dalam Google Play Store atau Apple Store. Boleh juga tekan link di bawah untuk terus muat turun aplikasi Safer Food.
Setelah muat turun, jangan lupa untuk mendaftarkan menu makanan atau dokumen supaya mudah untuk anda mengaktifkan kedai makan anda secara dalam talian. Video di bawah akan menerangkan serba sedikit caranya.
Mudahkan untuk berdaftar. Langkah seterusnya ialah jangan lupa untuk mencantikkan kedai makanan anda mengikut kreativiti masing-masing. Semakin kreatif, semakin menarik pengguna untuk melakukan tempahan.
Apa pula langkah seterusnya setelah mendaftar dan mencantikkan kedai? Mestilah cara pengurusan tempahan yang ditempah oleh pengguna. Bila-bila masa sahaja tempahan akan menjadi banyak jadi anda hendaklah bijak dalam menguruskan tempahan makanan yang ditempah oleh pengguna. Video di bawah akan menunjukkan bagaimana untuk menguruskan tempahan yang dibuat oleh pengguna.
Tambahan, Safer Food juga menyediakan kelas khas kepada Safer Food Merchant yang telah berdaftar untuk pelajari bagaimana untuk menguruskan tempahan dengan lebih teliti. Menarik bukan?
Jika ingin mendapatkan maklumat yang lebih lengkap, layari laman web dan hubungi nombor yang tertera di bawah.
Dalam dunia pemakanan, banyak makanan yang dilabel sebagai "tidak sihat" kerana kandungan kalori, lemak atau gula yang tinggi. Namun, tidak semua makanan yang dianggap...
Murmansk, sebuah bandar di Rusia yang terletak di dalam Lingkaran Artik, terkenal dengan keadaan cuaca ekstrem dan fenomena alam yang luar biasa. Salah satu...
Sambut Ramadan di Negara Orang: Pengalaman Berbeza, Keberkatan Sama
Ramadan adalah bulan yang dinanti-nantikan oleh umat Islam di seluruh dunia. Namun, bagi mereka yang berada...