Masyarakat dunia dikejutkan dengan pertukaran status Muzium Hagia Sofia yang kembali bertukar semula kepada masjid Julai lalu. Azan pertama disiarkan secara langsung di semua stesen radio dan telivisyen di seluruh Turki. Tapak warisan bersejarah itu telah diiktiraf sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO. Ianya dibina sebagai sebuah Katedral Kristian semasa zaman pemerintahan Byzantine.

Namun, ramai juga yang tidak bersetuju dengan penukaran status yang dilakukan oleh pemimpin Turki tersebut. Majoriti penganut Kristian kesal dengan tindakan tersebut yang seterusnya memburukkan lagi konflik antara Turki dan Greece.

Satu lagi muzium di Turki turut ditukar statusnya kepada masjid iaitu Muzium Kariye. Penukaran status ini turut semestinya mencetuskan kemarahan Greece. Tindakan ini disifatkan sebagai satu bentuk provokasi oleh pemerintah Turki.

BACA JUGA :   Pengajian Islam Di Mesir Dan Indonesia

Sejarah awal penubuhan muzium ini adalah bermula dengan sebuah gereja Ortodoks lama yang lebih dikenali sebagai Gereja The Holy Saviour. Gereja ini juga mempunyai sejarah yang agak serupa dengan Hagia Sophia. Ia didirikan oleh pemerintahan Empayar Byzantine sebelum ditukar kepada masjid ketika penaklukan Uthmaniyah . Seterusnya bertukar kepada sebuah muzium selepas Perang Dunia Kedua.

Mempunyai senibina zaman Byzantine abad pertengahan yang dihiasi dengan lukisan dinding abad ke-14 berunsur sejarah Kristian. Kedua-dua masjid yang bertukar status ini mencerminkan usaha Endorgan untuk menggembirakan penyokongnya yang bersifat konservatif dan nasionalis. Ianya juga dikhabarkan juga kerana Turki sedang bergelut dengan inflasi dan ketidakpastian ekonomi kerana COVID-19.

BACA JUGA :   Pengambilan September di UIN SUSKA Riau

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here