Daulah Educonsult ialah syarikat konsultan yang menawarkan pelajar untuk sambung belajar ke luar negara. Pelbagai bidang yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult mengikut negara yang dipilih oleh pelajar. Antaranya ialah pengajian Islam, bahasa Arab, kejuruteraan, perubatan, farmasi, pergigian dan banyak lagi bidang yang ditawarkan.
Mesir ialah sebuah negara yang terkenal dengan padang pasir dan seni bina piramid yang telah berkurun lama dibina di sana. Di sana juga terdapat sebuah universiti yang terkenal dan merupakan pusat pengajian Islam dunia iaitu Universiti Al-Azhar. Ramai graduan telah berjaya mencipta nama mereka selepas keluar daripada universiti itu.
Syarat bagi sambung belajar ke Mesir bagi jurusan Sains ialah mendapat gred B atau B- dalam SPM bagi subjek seperti :
?️ Bahasa Melayu
?️ Bahasa Inggeris
?️ Sejarah
?️ Matematik

?️ Matematik Tambahan
?️ Fizik
?️ Biologi
?️ Kimia

Namun, bagi syarat untuk sambung belajar ke dalam bidang Syariah Islamiah, Bahasa Arab dan Usuluddin hendaklah sekurang-kurangnya mendapat B bagi setiap matapelajaran di dalam SPM iaitu :
?️ Bahasa Arab
?️ Pendidikan Syariah Islamiah
?️ Pendidikan Qur’an & Sunnah

?️ Bahasa Melayu
?️ Bahasa Inggeris
?️ Matematik

Apa yang menarik ialah pelajar yang tidak mempunyai sebarang sijil juga dapat belajar ke Mesir. Bagaimana? Berdaftar masuk ke program Madrasah Daulah yang terletak di bawah Daulah Educonsult.
Semasa di Madrasah Daulah, pelajar akan didedahkan dengan subjek dan aktiviti yang disediakan untuk mempersiapkan diri menduduki Ujian Imtihan Qabul. Antara subjek yang diberikan ialah :
? Tahsiinul Qur’an
? Tahfizul Qur’an
? Talaqqi Dalaman
? Pengajian Bahasa Arab

? Pengajian Umum
? Talaqqi Kitab Bersama Syeikh
? Program Study Tour

Selepas menduduki Ujian Imtihan Qabul, pelajar yang mendapat keputusan kurang memuaskan akan dimasukkan ke Dirosah Khossoh. Bagi pelajar yang mendapat keputusan memuaskan akan dimasukkan ke Maahad Buuth dan seterusnya akan dimasukkan ke Universiti Al-Azhar bagi Ijazah Sarjana Muda.
Pelajar lepasan Madrasah Daulah hanya ditawarkan bidang pengajian Islam, bahasa Arab dan ulum Islamiah. Selain daripada bidang ini, hanya ditawarkan kepada pelajar lepasan SPM, STPM, A-level, O-level atau setaraf dengannya.
Walaupun Universiti Al-Azhar agak terkenal dan ternama di seluruh dunia, terdapat juga beberapa universiti lain yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult iaitu :
?️ Universiti Mansoura
?️ Universiti Cairo
?️ Universiti Tanta

?️ Universiti Alexandria
?️ Universiti Zagaziq
?️ Universiti Ain-Sham

Banyakkan universiti yang ditawarkan di Mesir oleh Daulah Educonsult? Sekiranya berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sambung pengajian ke Mesir, boleh hubungi nombor yang tertera di bawah.
?   Hubungi talian hotline : 0392851322
?   Customer service 1 :0189624322
?   Customer service 2 :0182429322
?   Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here