Madrasah Daulah kini menawarkan pendaftaran kepada pelajar yang berminat untuk berdaftar tanpa menggunakan sebarang sijil pun. Pendaftaran ke Madrasah Daulah boleh dilakukan di bawah Daulah Educonsult yang mana pelajar juga akan ditawarkan masuk ke Maahad Buuth.
Selepas pelajar telah berdaftar, mereka tidak akan masuk terus ke Maahad Buuth. Sebaliknya mereka akan dimasukkan ke dalam kelas Sanad Tahsinul Quran dan Markaz Nile yang mana mereka aka diajar sepenuhnya dalam Bahasa Arab. Sanad Tahsinul Quran ialah kelas khatam 30 juzuk Al-Quran.
Antara subjek yang akan diberikan kepada pelajar ialah :
    • Tahsiinul Qur’an
    • Tahfizul Qur’an
    • Pengajian Umum
    • Pengajian Bahasa Arab
    • Talaqqi Dalaman
    • Pengajian Bahasa Arab
    • Program Study Tour
    • Talaqqi Kitab Bersama Syeikh
Kelas tersebut adalah sebagai persediaan kepada mereka untuk menduduki Ujian Imtihan Qabul. Ujian ini adalah ujian penentuan pelajar untuk memasuki ke program Maahad Buuth. Pelajar yang melepasi ujian itu akan dimasukkan ke Maahad Buuth iaitu sekolah menengah. Tempoh pengajian di Maahad Buuth adalah selama 6 tahun dari tingkatan 1 hingga 6.
Tetapi sekiranya ada pelajar yang tidak melepasi ujian itu, mereka akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor iaitu pra-menengah. Pengajian di Dirosoh Khossor adalah sama seperti Sijil Tinggi Agama Malaysia (STPM). Tempoh pengajian ke Dirosoh Khossor ialah selama 5/6 tahun dalam Bahasa Arab.
Apa yang istimewanya di sini ialah pelajar yang tamat pengajian di Madrasah Daulah akan diserap masuk ke Universiti Al-Azhar, Mesir. Mereka akan masuk ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam. Pengajian Islam diberikan kepada pecahannya iaitu Syariah, Usuluddin dan Bahasa Arab.
Sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Madrasah Daulah, sila hubungi nombor yang tertera di bawah.
Daulah Educonsult : https://daulahmedic.com/
Madrasah Daulah : https://madrasahdaulah.com/
Instagram : https://www.instagram.com/daulah_educonsult/
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here