Bagi pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke Maahad Buuth umum mengetahui sukar untuk memasuki institusi pendidikan tersebut tanpa sebarang persediaan. Oleh itu, Deenamik ingin cadangkan kepada pelajar yang berusia 12 tahun hingga 31 tahun untuk mendaftarkan diri ke Madrasah Daulah. Madrasah Daulah adalah platform persediaan sebelum anda melanjutkan pengajian ke Maahad Buuth.

Untuk memasuki Maahad Buuth, pelajar perlu melepasi ujian Imtihan Qabul terlebih dahulu. Oleh itu, Madrasah Daulah adalah tempat terbaik untuk melakukan persediaan. Di Madrasah Daulah pelajar akan mempelajari subjek berikut :

?Tahsinul QURAN
?Tahfizul Quran
?Talaqqi Dalaman
?Talaqqi Kitab Bersama Syeikh
?Pengajian Umum
?Pengajian Bahasa Arab
?Program Study Tour

Pelajar lelaki atau perempuan yang berusia 12 tahun hingga 31 tahun layak lakukan permohonan ke Madrasah Daulah. Kemasukan ke Madrasah Daulah tidak memerlukan sebarang sijil SPM atau STAM. Anda juga akan melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar melalui Madrasah Daulah dan Maahad Buuth.

Tempoh masa untuk nama naik menduduki ujian di Maahad Buuth adalah selama 1 hingga 2 tahun. Pelajar mempunyai masa yang sangat cukup untuk membuat persediaan. Ujian Imtihan Qabul ini akan menentukan sama ada pelajar ditempatkan di Dirosah Khossoh atau di Maahad Buuth.

BACA JUGA :   Madrasah Daulah Persediaan Ke Universiti Al-Azhar

Jika pelajar kurang cemerlang, pelajar akan ditempatkan terlebih dahulu ke Dirsah Khossoh yang merupakan pra menengah. Namun jika pelajar cemerlang dalam ujian tersebut, pelajar akan terus masuk ke Maahad Buuth yang merupakan sebuah sekolah menengah bertaraf antarabangsa.

Maahad Buuth adalah sebuah sekolah menengah bertaraf antarabangsa yang berada di bawah kelolaan Institusi Al-Azhar Asy Syariff. Pelajar yang berpeluang ke universiti ini akan menikmati pengajian secara percuma sehingga tamat pengajian. Pengajian di Maahad Buuth adalah selama 5 tahun atau lebih bergantung kepada penguasaan pelajar dalam peperiksaan.

Hal ini kerana Maahad Buuth beri peluang pelajar yang cemerlang untuk ‘lompat kelas’ sehingga 2 kelas. Bukan situasi yang aneh terdapat pelajar yang muda dan berusia dalam satu kelas yang sama.

BACA JUGA :   Checklist Sebelum Anda Terbang Belajar ke Luar Negara!

Seterusnya, selepas menamatkan pengajian di Madrasah Daulah dan Maahad Buuth, pelajar akan melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar dalam bidang Pengajian Islam. Tempoh pengajian memakan masa sehingga 4 tahun sahaja. Selepas tamat pengajian, pelajar boleh memilih sama ada untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi atau mencari pekerjaan.

Kemasukan seterusnya adalah pada Oktober 2020. Kepada pelajar yang berminat, lakukan pendaftaran awal dengan hanya klik link ini :  https://bit.ly/32R1pPO

Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir, Poland, Rusia, Indonesia, Turki, Bangladesh dan sebagainya.  Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Farmasi, Pergigian, Gerontologi, Akaun, Kejuruteraan Pesawat, Perniagaan Antarabangsa, Teknologi Maklumat dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here