Isu basikal yang telah lama mula meningkat sejak kebelakangan ini menunjukkan hasil apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan kenyataan bahawa basikal kini adalah dilarang untuk ditunggang di atas lebuhraya.
Individu yang ingkar dengan arahan ini akan dikenakan denda mengikut Seksyen 70 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Denda yang dikenakan adalah sebanyak RM1,000 kerana ingkar arahan berbasikal di atas lebuhraya. Malah, hukuman penjara juga boleh dikenakan kepada mereka atau kedua-duanya sekali jika masih berdegil untuk ingkar arahan.
Hukuman penjara yang dikenakan adalah selama 3 bulan atau boleh dikenakan kedau-dua sekaligus kepada yang degil.
Tambahan, ada ura-ura yang mengatakan bahawa lesen dan nombor plat akan dipasang pada setiap basikal yang dimiliki. Berita ini sangat mengejutkan semua netizen. Ada yang bersetuju dan ada juga yang tidak bersetuju.
Namun, Kementerian Pengangkutan (MOT) berkata tiada perancangan untuk melaksanakan pendaftaran dan pelesenan basikal di negara ini termasuk dengan nombor plat lapor Bernama.
Dalam dunia yang semakin berubah dengan kemajuan teknologi, ramai pelajar dan ibu bapa tertanya-tanya "adakah kerjaya veterinar masih relevan ada masa depan?". Dengan wujudnya...
Ramai pelajar selalu terlepas pandang tentang pentingnya daftar awal bila nak sambung belajar, terutamanya di luar negara. Ada yang rasa "tak apa, daftar nanti...
Hi Daulahians! Nak tahu job scope untuk farmasi ni luas sangat sebenarnya. Ini beberapa senarai kerjaya bagi bidang farmasi.
Farmasi Komuniti: Ahli farmasi komuniti bekerja...