Madrasah Daulah telah menawarkan peluang belajar ke Mesir tanpa memerlukan sebarang sijil untuk melakukan pendaftaran. Namun begitu untuk memasuki ke Madrasah Daulah hendaklah mempunyai semangat yang tinggi untuk belajar kerana Madrasah Daulah sememangnya berniat untuk membantu mereka yang betul-betul ingin belajar.
Madrasah Daulah menawarkan pendaftaran kepada mereka yang berusia dari 12 hingga 31 tahun kerana pada usia 12 tahun lagi ibu bapa mereka ingin anak-anak untuk belajar dengan lebih mendalam dalam bidang pengajian Islam. Jika tertanya-tanya, siapa yang akan menjaga mereka semasa di Mesir nanti. Jangan risau sebab Madrasah Daulah telah sediakan Mudir untuk menjaga mereka sepanjang di Mesir.
Baru berusia 12 tahun dah berpeluang untuk belajar ke Mesir tau! Jadi apabila hendak berdaftar, mereka akan ditemu bual dengan pihak Madrasah Daulah sebelum masuk ke situ.
Maahad Buuth merupakan sebuah program yang ada di Madrasah Daulah. Mereka akan memasuki ke Maahad Buuth dahulu baru ditawarkan sambung belajar ke Universiti Al-Azhar.
Walaubagaimanapun, mereka yang telah berdaftar ke Madrasah Daulah tidak akan terus masuk ke Maahad Buuth. Mereka akan memasuki kelas Markaz Nile (kelas bahasa) dan Sanad Tahsinul Quran (khatam Al-Quran) dan seterusnya perlu menduduki Ujian Imtihan Qabul sebelum masuk ke Maahad Buuth.
Tempoh belajar di kelas tersebut tidak kurang daripada 1 tahun. Subjek yang akan diajar di dalam kelas ialah :
    • Tahsiinul Qur’an
    • Tahfizul Qur’an
    • Talaqqi Dalaman
    • Pengajian Bahasa Arab
    • Pengajian Umum
    • Program Study Tour
    • Talaqqi Kitab Bersama Syeikh
Selepas persediaan diberikan di dalam kelas tersebut, maka mereka akan menduduki Ujian Imtihan Qabul yang akan menentukan mereka memasuki Maahad Buuth atau pun tidak. Sehubungan dengan itu, pelajar yang melepasi ujian itu akan dimasukkan ke Maahad Buuth manakala pelajar yang tidak berjaya akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor.
Dirosoh Khossor ialah kelas pra-menengah yang akan diajar dalam Bahasa Arab. Meskipun dimasukkan ke peringkat pra-menegah, tempohnya tidak lebih daripada 1 tahun.
Pengajian di Maahad Buuth adalah lebih kurang sama dengan SPM dan STAM. Tempoh pengajian di adalah selama 6 tahun yang bermula dari tingkatan 1 hingga tingkatan 6.
Pelajar yang masuk ke Maahad Buuth akan terus diserap masuk ke Universiti Al-Azhar pada peringkat Ijazah Sarjana Muda. Bidang yang akan ditawarkan kepada mereka ialah bidang syariah, usuluddin dan Bahasa Arab.
Sekiranya tiada sijil atau mendapat keputusan yang kurang memuaskan, jangan risau Madrasah Daulah akan sedia menawarkan pembelajaran tanpa sijil ke Mesir.
Daulah Educonsult : https://daulahmedic.com/
Madrasah Daulah : https://madrasahdaulah.com/
Instagram : https://www.instagram.com/daulah_educonsult/
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)                 
Borang Pendaftaran Pengajian : https://bit.ly/32R1pPO

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here