Madrasah Daulah adalah institusi yang menguruskan pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar namun tidak memiliki SPM dan STAM. Seterusnya, pelajar akan melanjutkan pengajian ke Maahd Buuth selepas menamatkan pengajian di Madrasah Daulah. Di Madrasah Daulah, pelajar akan dipersiapkan untuk hadapi Ujian Imtihan Qabul iaitu ujian kelayakan ke Maahad Buuth.

Maahad Buuth Islamiyah Al-Azhar adalah sebuah sekolah menengah bertaraf antarabangsa di bawah pentadbiran institusi Ilmu Al-Azhar Asy-Syariff. Pelajar yang melanjutkan pengajian ke Maahad Buuth akan menikmati pengajian percuma yang ditanggung sepenuhnya oleh Institusi Al-Azhar. Pelajar hanya perlu melengkapkan kelengkapan pengajian sahaja. Selepas menamatkan pengajian di Maahad Buuth, pelajar akan melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar.

Daulah Educonsult buka peluang kemasukan ke Madrasah Daulah kepada pelajar yang tiada sijil SPM dan STAM. Pelajar berumur seawal 12 tahun hingga 30 tahun dibenarkan lakukan permohonan. Berikut adalah syarat kelayakan untuk memasuki Madrasah Daulah.

?Lelaki atau Perempuan
?Berumur 12 tahun hingga 30 tahun
?Mempunyai Semangat yang Tinggi dalam Menuntut Ilmu

Selepas menduduki ujian kemasukan tersebut, pelajar yang cemerlang akan terus melanjutkan pengajian ke Maahad Buuth . Namun jika pelajar kurang cemerlang, pelajar akan ditempat terlebih dahulu di Dirosah Khossoh yang merupakan pra menengah.

Selepas menamatkan pengajian di Maahd Buuth, pelajar akan melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar dalam bidang Pengajian Islam. Bidang Pengajian Islam pula terbahagi kepada tiga iaitu :

✅Bahasa Arab
✅Usuluddin
✅Syariah Islamiah

Melalui Madrasah Daulah, pelajar mampu ke melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar tanpa perlu SPM dan STAM. Universiti Al-Azhar adalah impian setiap pelajar dan merupakan universiti tertua di Mesir.

Lakukan pendaftaran awal di : https://bit.ly/32R1pPO

Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir, Poland, Rusia, Indonesia, Turki, Bangladesh dan sebagainya.  Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Farmasi, Pergigian, Gerontologi, Akaun, Kejuruteraan Pesawat, Perniagaan Antarabangsa, Teknologi Maklumat dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here