Madrasah Daulah telah menawarkan kepada mereka yang berumur 12 hingga 31 tahun pengajian ke Mesir. Mereka yang ingin belajar ke Madrasah Daulah adalah terbuka kepada mereka yang betul-betul ingin sambung pengajian dan bersemangat untuk belajar. Tawaran untuk belajar ke Madrasah Daulah adalah terbuka kepada mereka yang berusia 12 hingga 31 tahun.
Malah, sebelum berdaftar juga pihak Daulah Educonsult akan memberikan khidmat konsultan secara percuma. Namun jangan risau tentang siapa yang akan jaga mereka ketika di Mesir. Madrasah Daulah telah menyediakan seorang Mudir (orang yang ditugaskan menjaga pelajar) untuk menjaga mereka sepanjang berada di Mesir. Segala masalah boleh berhubung kepada Mudir.
Bila mereka berdaftar, mereka tidak akan terus masuk ke Maahad Buuth, mereka perlu memasuki kelas sebagai persediaan untuk menduduki Ujian Imtihan Qabul. Selepas menduduki ujian ini barulah mereka boleh masuk ke Maahad Buuth. Kelas yang diadakan kepada pelajar ialah Markaz Nile (kelas bahasa) dan Sanad Tahsinul Quran (kelas khatam 30 juzuk Al-Quran). Tempoh bagi dua kelas ini tidak lebih daripada satu tahun.
Selesai kelas tersebut, mereka akan menduduki Ujian Imtihan Qabul yang mana soalan dalam ujian tersebut adalah ujian dalam Bahasa Arab. Pelajar yang melepasi ujian itu akan terus masuk ke Maahad Buuth tetapi pelajar yang tidak melepasi ujian itu, akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor.
Dirosoh Khossor pelajar akan diajar dalam Bahasa Arab juga dan perlu menduduki ujian itu lagi sekali. Tempoh semasa berada di Dirosoh Khossor adalah tidak lebih satu tahun. Bagi Maahad Buuth pula adalah sehingga 6 tahun yang bermula dari tingkatan 1 hingga 6.
Selesai di Maahad Buuth, mereka akan ditawarkan untuk sambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Al-Azhar, Mesir. Di sini, mereka akan diserap terus masuk ke sana. Bidang yang ditawarkan kepada mereka ialah Syariah, Usuluddin dan Bahasa Arab.
Menarik bukan belajar tanpa sijil ke Madrasah Daulah. Jadi, kalau nak tahu dengan lebih lanjut mengenai Madrasah Daulah, sila hubungi nombor dan laman web yang tertera di bawah. Kalau berminat boleh juga berdaftar di borang pendaftaran di bawah.
Siapa kat sini suka tentang kapal terbang? suka enjin kenderaan? posting kali ni memang untuk korang.
ada perbezaan tau antara kejuruteraan mekanik dan kejuruteraan pesawat...
Siapa ada pengalaman kerja sambilan sambil belajar? biasanya kerja sambilan (Part time job) student degree selalu buat atau pelajar yang tengah cuti sem atau...
Khasiat Apple Cider Vinegar untuk Kesihatan: Rahsia di Sebalik Cuka Epal
Apple Cider Vinegar (ACV) atau cuka epal bukan sahaja popular sebagai bahan dapur atau...