Daulah Educonsult buka peluang kemasukan ke institusi pendidikan di Mesir kepada pelajar seawal usia 12 tahun hingga 30 tahun. Kemasukan kali ini terbuka kepada pelajar yang masih tidak mempunyai sijil pendidikan SPM dan STAM. Pelajar yang berminat, boleh lakukan pendaftaran segera ke Madrasah Daulah kerana kemasukan seterusnya adalah pada Oktober dan November 2020. Daftar segera ??????

https://bit.ly/32R1pPO

Madrasah Daulah adalah institusi pendidikan yang membantu pelajar mempersiapkan diri untuk menghadapi ujian kemasukan ke Maahad Buuth. Syarat kelayakan kemasukan ke Madrasah Daulah adalah seperti berikut :

?Lelaki atau Perempuan
?Berumur 12 tahun hingga 30 tahun
?Mempunyai Semangat yang Tinggi dalam Menuntut Ilmu

Pelajar yang tiada sijil SPM dan STAM sangat digalakkan lakukan permohonan. Madrasah Daulah adalah jalan pintas ke Universiti Al-Azhar. Namun, untuk memasuki Universiti Al-Azhar, pelajar pelu menamatkan pengajian di Marasah Daulah dan Maahad Buuth. Di Madrasah Daulah, pelajar akan mempelajari subjek seperti berikut :

?Tahsinul QURAN
?Tahfizul Quran
?Talaqqi Dalaman
?Talaqqi Kitab Bersama Syeikh
?Pengajian Umum
?Pengajian Bahasa Arab
?Program Study Tour

BACA JUGA :   Apa yang Menarik di Indonesia?

Pelajar akan menunggu ‘nama naik’ untuk menjalani ujian kemasukan ke Maahd Buuth iaitu Ujian Imtihan Qabul. Ujian ini akan menentukan sama ada anda layak ke Maahad Buuth atau tidak. Pelajar perlu mempunyai tahap penguasaan yang tinggi untuk melanjutkan pengajian di sini.

Selepas menduduki ujian tersebut, pelajar akan ditempatkan sama ada ke Maahad Buuth atau ke Dirosah Khossoh. Jika cemerlang, pelajar akan terus melanjutkan pengajian ke Maahd Buuth, namun jika kurang cemerlang, pelajar akan ditempatkan terlebih dahulu di Dirosah Khossoh iaitu pra menengah.

Maahad Buuth Islamiyah Al-Azhar adalah sebuah sekolah menengah bertaraf antarabangsa yang terletak di Kaherah, Mesir. Pentadbirannya adalah di bawah institusi Al-Azhar. Pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian ke Maahad Buuth bakal melanjutkan pengajian bersama dengan pelajar dari lebih 114 buah negara yang lain. Hal ini kerana Maahd Buuth adalah bertaraf antarabangsa.

Disebabkan pentadbirannya berada di bawah kelolaan Institusi Al-Azhar ,pelajar hanya perlu menyediakan kelengkapan pembelajaran manakala kos pengajian ditanggung sepenuhnya oleh Institusi Al-Azhar. Tambahan, pelajar dibenarkan untuk ‘lompat kelas’ bersandarkan kepada prestasi pelajar itu sendiri. Bukan perkara yang pelik jika terdpat pelajar yang muda dan berusia dalam satu kelas yang sama.

BACA JUGA :   KEMASUKAN KE UNIVERSITI AL-AZHAR TANPA SPM / STAM MELALUI MADRASAH DAULAH SESI JANUARI & FEBRUARI 2021

Selepas menamatkan pengajian di Madrasah Daulah dan Maahad Buuth, pelajar akan meneruskan pengajian ke Universiti Al-Azhar dalam bidang pengajian Islam dalam peringkat Ijazah Sarjana Muda. Tempoh pengajian pula adalah selama 4 tahun di universiti tertua di Mesir ini.

Daftar segera kerana kali ini Daulah Educonsult buka kuota terhada kepada pelajar yang betul-betul berminat.

Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir, Poland, Rusia, Indonesia, Turki, Bangladesh dan sebagainya.  Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Farmasi, Pergigian, Gerontologi, Akaun, Kejuruteraan Pesawat, Perniagaan Antarabangsa, Teknologi Maklumat dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here