Madrasah Daulah, Maahad Buuth dan Universiti Al-Azhar bukanlah nama asing dalam kalangan pelajar yang minat dalam bidang pengajian Islam. Daulah Educonsult sekali lagi buka kemasukan ke Madrasah Daulah dengan syarat yang sama iaitu tanpa sijil SPM dan STAM. Pelajar yang berusia 14 hingga 30 tahun sangat digalakkan buat permohonan ke Madrasah Daulah.

Madrasah Daulah adalah sebuah institusi pendidikan yang berfungsi dalam memberi persediaan kepada pelaajr bagi menghadapi ujian kemasukan ke Maahad Buuth. Pelajar sekurang-kurangnya perlu menunggu sehingga 2 bulan untuk nama naik bagi menghadapi Ujian Imtihan Qabul. Ujian ini yang akan menentukan sama ada anda layak ke Maahad Buuth atau akan ditempatkan terlebih dahulu ke Dirosah Khossoh.

Sepanjang berada di Madrasah Daulah, pelajar akan didedahkan dengan subjek seperti berikut:

?Tahsinul QURAN
?Tahfizul Quran
?Talaqqi Dalaman
?Talaqqi Kitab Bersama Syeikh
?Pengajian Umum
?Pengajian Bahasa Arab
?Program Study Tour

Di Madrasah Daulah, selain sebagai persediaan untuk ke Maahad Buuth, pelajar juga akan dibentuk menjadi Muslim yang lebih berkualiti di samping memantapkan pemahaman bahasa Arab. Selepas menghadapi ujian Imtihan Qabul, pelajar akan ditempatkan terus ke Maahd Buuth jika cemerlang.

BACA JUGA :   Destinasi Pelancongan Ekstrem - Made In China

Maahad Buuth adalah atau Maahad Buuth Islamiyah Al-Azhar adalah sebuah sekolah menengah antarabangsa. Bukan semua pelajar mampu melanjutkan pengajian ke institusi pendidikan ini. Namun, jika kurang cemerlang, pelajar akan ditempatkan terlebih dahulu ke Dirosah Khossoh yang merupakan pra menengah.

Institusi ilmu Al-Azhar Asy-Syariff adalah pertubuhan yang bertanggungjawab mengelolakan Maahad Buuth. Pelajar yang berpeluang melanjutkan pengajian ke Maahada Buuth akan menikmati pengajian percuma yang ditanggung sepenuhnya oleh Institusi Al-Azhar. Pelajar hanya perlu menyediakan kelengkapan belajar sahaja.

Seterusnya, selepas tamat pengajian di Maahad Buuth, pelajar akan melanjutkan pengajian ke universiti tersohor di Mesir iaitu Universiti Al-Azhar. Universiti ini tidak perlu diragukan lagi kemampuannya dalam melahirkan pelajar yang berkualiti unggul. Pelajar akan melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjan Muda Pengajian Islam. Pengajian islam pula terbahagi kepada 3 iaitu :

BACA JUGA :   Pelajar Berpeluang Untuk Sambung Pengajian Sehingga Ke Universiti Al-Azhar Menerusi Program Madrasah Daulah.

✅Bahasa Arab

✅Usuluddin

✅Syariah Islamiah

Daftar segera dan anda berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar tanpa perlukan sebarang sijil SPM dan STAM! Daftar segera bersama Daulah Educonsult. Lakukan pendaftaran awal : https://bit.ly/32R1pPO

Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir, Poland, Rusia, Indonesia, Turki, Bangladesh dan sebagainya.  Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Farmasi, Pergigian, Gerontologi, Akaun, Kejuruteraan Pesawat, Perniagaan Antarabangsa, Teknologi Maklumat dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here