Madrasah Daulah kini menawarkan program Maahad Buuth kepada mereka yang hendak belajar ke Mesir tanpa memerlukan sebarang sijil. Mereka yang berdaftar ke Madrasah Daulah akan diserap masuk ke Universiti Al-Azhar selepas mereka tamatkan pengajian di madrasah itu.
Pelajar yang ingin berdaftar ke Madrasah Daulah akan ditemu bual dahulu oleh pihak Madraash Daulah. Tambahan, Madrasah Daulah menawarkan pendaftaran kepada mereka bermula daripada 12 hingga 31 tahun tidak kira lelaki atau perempuan. Pelajar yang berdaftar akan memasuki kelas yang telah disediakan.
Kelas itu ialah kelas Markaz Nile iaitu kelas Bahasa Arab yang akan diajar Bahasa Arab sepenuhnya. Sanad Tahsinul Quran ialah kelas khatam 30 juzuk Al-Quran. Tempoh pengajian bagi kedua-dua kelas ini ialah selama 1 hingga 2 tahun dan tujuan kelas ini adalah untuk mempersiapkan pelajar menduduki Ujian Imtihan Qabul.
Subjek yang akan diberikan kepada pelajar ialah
    • Tahssinul Qur’an
    • Tahfizul Qur’an
    • Talaqqi Dalaman
    • Pengajian Bahasa Arab
    • Program Study Tour
    • Pengajian Umum
    • Talaqqi Kitab Bersama Syeikh
Selepas menjalani sesi pembelajaran selama 1 hingga 2 tahun di dalam kedua-dua kelas itu, sudah sampai waktunya untuk pelajar menduduki Ujian Imtihan Qabul. Ujian ini adalah ujian sepenuhnya Bahasa Arab dan disebabkan itu Madrasah Daulah juga menyediakan aktiviti luar.
Ujian tersebut adalah penentuan pelajar untuk memasuki ke Maahad Buuth. Pelajar yang tidak melepasi ujian itu akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor yang mana pelajar akan belajar Bahasa Arab selama 1 tahun. Dirosoh Khossor ialah pra-menengah. Manakala tempoh pengajian di Maahad Buuth pula ialah selama 6 tahun yang bermula dari tingkatan 1 hingga 6.
Pengajian di Maahad Buuth adalah sama dengan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) jadi tidak menjadi masalah kepada pelajar STAM untuk belajar di sini. Tamatnya pengajian di Maahad Buuth, pelajar akan diserap masuk ke Universiti Al-Azhar. Oleh kerana pelajar didedahkan dengan Pengajian Islam sepanjang di Madrasah Daulah, bidang di universiti juga bidnag yang sama.
Bidang yang ditawarkan kepada pelajar ialah Bahasa Arab, usuluddin dan syariah pada pelajar peringkat Ijazah Sarjana Muda. Di sini mereka akan belajar selama 4 tahun. Sebelum terlupa, mereka yang berdaftar ke Madrasah Daulah akan dijaga oleh Mudir. Mudir orang yang bertanggungjawab menjaga segala makan minum dan keselamatan pelajar di Mesir.
Sekiranya berminat, boleh berdaftar melalui Daulah Educonsult dan hubungi nombor yang tertera di bawah.
Daulah Educonsult : https://daulahmedic.com/
Madrasah Daulah : https://madrasahdaulah.com/
Instagram : https://www.instagram.com/daulah_educonsult/
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here