PKPD Di Sabah Mungkin Diperluas Ke Daerah Lain

0
757

Sepanjang bulan September ini, Sabah telah melalui pelbagai peristiwa yang menjadi bualan rakyat Malaysia. Antaranya adalah Pilihan Raya Negeri Sabah dan juga kes COVID-19 yang mencanak naik. Sabah telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Bersasar yang dikenakan ke atas 4 daerah berbeza di Sabah.

Namun, dengan jumlah yang kian meningkat, PKPD mungkin diperluas ke kawasan lain. Menurut Dr Noor Hisham Abdullah, perkembangan akan diperhati dalam masa satu atau dua hari akan datang.

Setakat ini, daerah yang dikenakan PKPD Bersasar adalah Kunak, Lahad Datu, Tawau dan Semporna yang terletak di pantai timur Sabah. Kemempat-empat daerah ini merekodkan jumlah kes COVID-19 antara yang tertinggi. Namun, penularan yang berlaku masih dalam kawalan.

BACA JUGA :   Lihat Kumpulan K-Pop, IN2IT Menyanyikan Lagu 'Gemilang' Tanpa Pelat Korea

PKPD Bersasar ini dijalankan agar pegawai kesihatan dapat berikan fokus lebih untuk melakukan aktiviti pengesanan kes yang aktif. Hal ini termasuklah melaksanakan langkah proaktif bagi mencegah dan mengekang penularan wabak pembunuh ini. Pengesanan turut dilakukan di kawasan kampung-kampung.

“Contohnya Kampung Sri Tanjong di Tawau dan Kampung Bangau-bangau di Semporna, di mana kita akan memberikan tumpuan 100 peratus “.

Tambahnya, pegawai kesihatan di negeri lain juga dikerahkan untuk membantu Jabatan Kesihatan Sabah dalam membantu Jabatan Kesihatan Sabah dalam melakukan ujian sasaran dan juga langkah-langkah intervensi kesihatan awam.

 

 

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here