Safer Food merupakan sebuah platform yang sesuai untuk peniaga makanan mempromosikan makanan mereka secara dalam talian. Selain daripada itu, Safer Food juga kini sedang giat mencari rider konsultan dan konsultan luar untuk membantu peniaga makanan berdaftar.
Namun untuk berdaftar sebagai rider konsultan atau konsultan hendaklah mematuhi beberapa syarat yang telah ditetapkan. Syarat bagi mendaftara sebagai rider konsultan, mereka hendaklah mengikut syarat yang berikut iaitu :
-
Mampu bekerja di bawah KPI
-
Lelaki atau perempuan
-
Mempunyai motorsikal sendiri
-
Rider Safer
-
18 tahun ke atas
Syarat bagi konsultan adalah terbuka dan tiada pengkhususan untuk mereka.Tapi jika ada individu yang mempersoalkan tentang kesahihan konsultan ini, jangan risau kerana Safer Food akan memberi satu kod nombor khas yang menunjukkan mereka itu ialah konsultan Safer Food yang sah.
Jadi apa pulak Safer Food ni? Safer Food ialah sebuah aplikasi dan platform untuk mempromosikan makanan dan menjual makanan hanya dalam talian sahaja. Mereka yang boleh berdaftar di Safer Food ialah peniaga kecil, restoran, home kitchen dan peniaga trak makanan. Pendaftaran sebagai Safer Food Merchant kepada mereka juga adalah percuma.
Mereka boleh berdaftar melalui rider konsultan atau konsultan dan boleh juga berdaftar melalui Google Play Store atau Apps Store. Tetapi untuk berdaftar, mereka perlu memuat naik beberapa maklumat atau dokumen ke dalam aplikasi Safer Food. Maklumat yang perlu ada ialah kad pengenalan, lesen perniagaan, sijil halal dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Apabila kesemua maklumat itu sudah ada, mereka juga perlu memuat naik dokumen tentang maklumat kedai mereka iaitu
-
Tetapan operasi kedai (hari dan waktu)
-
Kemaskini lokasi
-
Menu makanan
-
Akaun bank