Bekas Pegawai Khas Rosmah Mansor, Datuk Rizal Mansor berkata Rosmah mempunyai pengaruh yang besar dalam jentera pentadbiran Malaysia. Beliau memberi keterangan demikian berikutan segala permintaan dan kehendak Rosmah perlu diusahakan sedaya upaya hingga berjaya. Tambahan, pegawai kerajaan sentiasa mencuba untuk memenangi hari Rosmah Mansor.

Menurut Berita Harian, Datuk Rizal dalam keterangannya berkata agensi dan pegawai kerajaan sentiasa keberatan untuk menolak kehendak dan permintaan dari Bahagian First Lady Of Malaysia (FLOM). Sepanjang kerjayanya di FLOM, Datuk Rizal mendakwa FLOM amat digeruni kerana gandingan kedudukan dan reputasi Rosmah dan juga Ketua Khas Bahagian, Datuk Seri Siti Azizah Sheikh Abod.

Datuk Rizal, 46, sepanjang beliau  menguruskan khas ehwal Rosmah di FLOM, beliau sudah sedia maklum dengan kehendak Rosmah yang sentiasa merancang dan mengatur liputan media agar kelihatan baik di mata rakyat dan media. Liputan media berkenaan bukan sahaja terhad terhadap kebajikan, malah untuk semua aktiviti yang mampu menambah populariti dan meningkatkan imej sebagai isteri Perdana Menteri.

Sepanjang kerjanyanya, Datuk Rizal kerap menyaksikan komunikasi Rosmah dengan suaminya iaitu Datuk Seri Najib Razak. Boleh disimpulkan bahawa Najib sangat menghormati pandangan isterinya. Datuk Rizal memulakan kerjaya pada 1 Mei 2009 hingga Mei 2018 di Bahagian FLOM. FLOM kemudian ditukarkan namanya ke Bahagian Khas iaitu secara rasminya beliau ditugaskan untuk menguruskan aktiviti-aktiviti harian rasmi dan tidak rasmi Rosmah.

BACA JUGA :   Kerajaan Umum Mahu Jual Semula Barangan Kemas Milik Najib & Rosmah

Pada tahun 2012, beliau telah diarahkan untuk menubuhkan satu pasukan cybertroopers dengan dana sebanyak RM100,000 sebulan. Pasukan ini bertanggungjawab dalam menangkis fitnah, tohmahan dan tuduhan terhadap Rosmah Mansur. Ianya dilakukan menerusi akaun Facebook Rizal sendiri dan juga kenyataan media yang dikeluarkan oleh beliau.

Tambahnya, setiap hari akan terdpat berita-berita negatif yang membabitkan integriti dan kedudukan Rosmah terutama di media sosial. Tindakan yang dilakukan adalah menasihati FLOM termasuk dirinya untuk mengurangkan publisiti Rosmah dalam media massa kerika musim Pilihan Raya Umum ke-13 pada 2013. Rizal yang merupakan saksi ke 21 juga menyatakan beliau ditugaskan untuk memberi ceramah penjelasn isu semasa berkaitan Rosmah dalam kepen pilihan raya BN bagi menjernihkan persepsi pengundi-pengundi terhadap Rosmah.

Disebabkan hubungan antara Datuk Rizal dan Rosmah semakin akrab, isteri bekas Perdana Menteri tersebut mula memberikan tugas-tugas yang lebih sulit dan peribadi. Misalnya beliau permah diarahkan beberapa kali untuk menguruskan kutipan dana atau sumbangan yang mahu diberikan kepada Rosmah secara peribadi oleh individu-individu tertentu.

Tambahnya, terdapat beberapa usahawan dan kontraktor yang berjaya mendapatkan projek kerajaan selepas mereka dibantu oleh Rosmah. Sebagai pulangan, Rosmah akan menerima hadiah termasuk wang tunai sebagai tanda penghargaan kerana membantu mereka.

BACA JUGA :   Sirul Azhar Sedia Dedah Dalang Sebenar Kes Altantuya, Tetapi Dengan Satu Syarat…

“Selepas mendapat kepercayaan daripada Datin Seri Rosmah, saya mula ditugaskan oleh beliau untuk menerima hadiah-hadiah bagi pihak beliau termasuk wang tunai yang ingin disampaikan kepada beliau daripada usahawan dan kontraktor.

“Oleh kerana pemberian ini kesemuanya adalah atas dasar ‘sumbangan politik’, saya tidak pernah menganggap ia akan menjadi satu kesalahan untuk saya menerimanya bagi pihak beliau,” katanya.

Rosmah telah didakwa atas dakwaan menerima suapan menerusi Datuk Rizal sebagai upah membantu Jepak Holding mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid. Rosmah turut bedepan dengan dakwaan Projek Penyelenggaraan dan Operasi Genset / Diesel bagi 369 sekolah luar badar di Sarawak yang bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra, di sini; kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta dan di Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya antara Januari 2016 dan 7 September 2017.

Perbicaraan di sambung Isinin di hadapan Hakim Mohamed Zaini.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here