Safer Food kini sedang membuka tawaran kepada peniaga kecil dan home kitchen terutama sekali untuk berdaftar sebagai Safer Food Merchant. Pendaftaran sebagai Safer Food Merchant adalah percuma dan terbuka kepada semua. Malah, mereka dapat jana pendapatan dan dalam masa yang sama dapat mempromosikan kedai mereka kepada lebih ramai orang.
Nak daftar? Muat turun sahaja aplikasi Safer Food di Google Play Store bagi pengguna Android mahupun Apps Store bagi pengguna Apple. Di sini mereka hanya perlu memuat naik beberapa dokumen dan mengikut syarat yang ditetapkan sebelum melakukan pendaftaran. Syarat untuk berdaftar sebagai Safer Food Merchant ialah
    • Mempunyai kad pengenalan
    • Lesen perniagaan
    • Sijil halal
    • Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Kesemua syarat ini adalah penting supaya pendaftaran dapat dilakukan dengan lebih lancar. Selain itu, kedai mereka pun perlu didaftarkan juga dengan memuat naik beberapa dokumen di Safer Food iaitu
    • Tetapan operasi
    • Kemaskini lokasi
    • Menu makanan
    • Akaun bank

Dokumen ini adalah penting untuk memudahkan pihak Safer Food mengkatifkan akaun dalam masa sehari. Tetapi sekiranya dokumen atau maklumat tidak lengkap, jangan risau, hubungi terus ke talian yang tertera di penghujung artikel.
Safer Food juga telah menyediakan kelas kepada Safer Food Merchant untuk menerangkan bagaimana hendak melakukan pendaftaran, gambar makanan, mencantikkan kedai dan banyak lagi. 
Kelas tersebut hanya dibuka kepada mereka yang telah berdaftar sebagai Safer Food Merchant sahaja. Kelas itu dibuka pada hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 9 pagi hingga 12 tetapi mereka perlu membuat temu janji dahulu untuk ke kelas itu.
Selain daripada makanan, Safer Food juga sedang mencari konsultan luar untuk melakukan pendaftaran kepada mana-mana peniaga yang hendak mendaftarkan kedai mereka. Konsultan luar adalah orang yang menguruskan pendaftaran kedai di luar.
Konsultan luar yang berdaftar akan memperoleh nombor siri daripada Safer Food yang menunjukkan mereka ialah konsultan Safer Food yang sah. Bagaimanapun, Safer Food sedang mencari konsultan luar di kawasan Kuala Lumpur, Selangor dan Lembah Klang.
Kedua-dua pihak akan jana banyak manfaat daripada Safer Food dan dapat membawa keuntungan kepada mereka.
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
Youtube : https://bit.ly/safergroup 
?   Khidmat Pelanggan : 018-9624322

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here