Madrasah Daulah menawarkan kepada pelajar-pelajar yang tidak mempunyai sebarang sijil untuk berdaftar belajar ke Mesir. Madrasah Daulah merupakan institusi agama yang terletak di Mesir dan pelajar yang tamat pengajian di situ akan ditawarkan masuk ke Universiti Al-Azhar.
Pelajar yang berumur dari 12 hingga 31 tahun ialah umur yang ditawarkan oleh Madrasah Daulah untuk pendaftaran. Pelajar yang berdaftar juga akan ditawarkan konsultan secara percuma. Sepanjang pelajar belajar di Madrasah Daulah, mudir akan diberi tanggunjawab untuk menjaga para-pelajar sepanjang di sana. Mereka yang berusia 12 tahun sellalunya pelajar lepas UPSR yang dihantar untuk belajar ilmu agama di sana.
Sebelum masuk ke program Maahad Buuth, pelajar akan dimasukkan ke dalam kelas yang telah disediakan oleh Madrasah Daulah. Apa kelas tersebut? Kelas tersebut ialah Sanad Tahsinul Quran dan Markaz Nile. Markaz Nile ialah kelas Bahasa Arab dan Sanad Tahsinul Quran ialah kelas khatam 30 juzuk Al-Quran. Mereka juga akan diberikan beberapa subjek pendidikan di sana iaitu :
-
-
Tahsiinul Quran
-
Tahfizul Qur’an
-
Talaqqi Dalaman
-
Pengajian Bahasa Arab
-
Pengajian Umum
-
Program Study Tour
-
Talaqqi Kitab Bersama Syeikh
-