Apa tu Maahad Buuth? Maahad Buuth ialah sebuah program yang ada di Madrasah Daulah untuk membawa mereka ke peringkat seterusnya di Universiti Al-Azhar. Namun, mereka yang ingin masuk ke Maahad Buuth perlu berdaftar dahulu ke Madrasah Daulah yang beroperasi di bawah Daulah Educonsult. Mereka akan ditawarkan khidmat konsultan secara percuma dari pihak Madrasah Daulah.
Mereka yang mendaftar ke Madrasah Daulah hendaklah mempunyai semangat yang tinggi untuk belajar daripada bawah. Malah, Madrasah Daulah akan membuat sesi temu bual terhadap mereka untuk memastikan mereka betul-betul untuk belajar. Selain itu, Madrasah Daulah juga membuka peluang untuk berdaftar ke Madrasah Daulah bermula dari usia 12 hingga 31 tahun tidak kira lelaki atau perempaun.
Betul ke umur 12 tahun boleh belajar ke Mesir? Apabila dengan Madrasah Daulah, semuanya ya! Mereka yang seawal 12 tahun sudah diberi peluang untuk belajar ke negara Mesir. Tapi jangan risau tentang segala makan minum dan keselamatan mereka di sana kerana Madrasah Daulah sudah sediakan seorang Mudir yang  bertanggungjawab untuk menajaga mereka sepanjang belajar di Madrasah Daulah.
Sebelum mereka memasuki ke Maahad Buuth, mereka perlu memasuki dua kelas iaitu Markaz Nile (kelas bahasa) dan Sanad Tahsinul Quran (kelas khatam Al-Quran). Kelas ini adalah bertujuan untuk mereka membuat persediaan menduduki ujian khas yang disediakan oleh Madrasah Daulah iaitu Ujian Imtihan Qabul. Ujian tersebut adalah ujian penentuan kepada mereka masuk ke Maahad Buuth dan ujian tersebut adalah dalam Bahasa Arab.
Tempoh mereka belajar di dalam kelas itu adalah tidak kurang daripada satu tahun. Subjek yang akan diberikan kepada mereka ialah
  • Pengajian Umum
  • Tahfizul Qur’an
  • Talaqqi Dalaman
  • Pengajian Bahasa Arab
  • Pengajian Umum
  • Program Study Tour
  • Talaqqi Kitab Bersama Syeikh
Pelajar yang sudah menduduki ujian tersebut dan mendapat keputusan memuaskan akan dimasukkan ke Maahad Buuth. Manakala pelajar yang tidak melepasi ujian itu akan masuk ke Dirosoh Khossor yang mana kelas ini akan diajar semula dalam Bahasa Arab. Tempoh di Dirosoh Khossor adalah tidak kurang daripada satu tahun. Tempoh pengajian di Maahad Buuth adalah selama 6 tahun yang bermula dari tingkatan 1 hingga 6.
Pengajian di Maahad Buuth adalah sama dengan cara pengajian seperti Sijil Pengajian Islam (SPM) dan Sijil Tinggi Pengajian Malaysia (STPM) cuma yang membezakannya adalah dari sudut bahasa dan tempat belajar. Pelajar yang memasuki Maahad Buuth akan terus diserap ke Universiti Al-Azhar, Mesir dalam peringkat Ijazah Sarjana Muda. Bidang yang akan ditawarkan ialah bidang syariah, usuluddin dan Bahasa Arab.
Kesimpulannya, tiada sijil bukanlah masalah atau alasan untuk tidak belajar lagi, betul tak? Usaha lebih pasti akan jumpa alternatif lain untuk belajar kerana banyak peluang belajar yang ada di Malaysia.
Sekiranya ingin mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila hubungi nombor dan kunjungi laman web yang tertera di bawah.
Daulah Educonsult : https://daulahmedic.com/
Madrasah Daulah : https://madrasahdaulah.com/
Instagram : https://www.instagram.com/daulah_educonsult/
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)                 
Borang Pendaftaran Pengajian : https://bit.ly/32R1pPO

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here