Maahad Buuth ialah sebuah institusi yang disediakan oleh Madrasah Daulah untuk pelajar belajar sehingga ke Ijazah Sarjana Muda.
Maahad Buuth ialah pengajian yang sama dengan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
Pendaftaran adalah terbuka kepada pelajar yang berumur 12 hingga 31 tahun tanpa mengira lelaki atau perempuan.
Tambahan, pelajar yang hendak berdaftar akan ditawarkan dengan khidmat konsultan secara percuma.
Konsultan tersebut akan disediakan oleh pihak Madrasah Daulah sendiri tentang kehidupan di Mesir, cara pembelajaran dan banyak lagi. Pelajar yang tidak mempunyai asas dalam Bahasa Arab tidak perlu risau kerana mereka akan diajar Bahasa Arab sepenuhnya.
Sepanjang pelajar belajar di Madrasah Daulah, mereka akan dijaga oleh mudir. Selain itu, selepas berdaftar mereka tidak akan terus masuk ke Maahad Buuth. Sebaliknya mereka perlu masuk ke dalam kelas sebagai persediaan menduduki Ujian Imtihan Qabul.
Ujian tersebut ialah ujian penentuan untuk pelajar masuk ke Maahad Buuth atau sebaliknya. Kelas yang disediakan kepada mereka ialah Markaz Nile dan Sanad Tahsinul Quran. Markaz Nile ialah kelas Bahasa Arab.
Sanad Tahsinul Quran ialah kelas khatam 30 juzuk Al-Quran. Sepanjang di dalam kelas tersebut, mereka akan mempelajari ilmu Bahasa Arab dengan mahir. Setelah tamat, sudah sampi masanya untuk menduduki Ujian Imtihan Qabul.
Ujian itu juga adalah ujian dalam Bahasa Arab. Jadi soalannya semua adalah dalam Bahasa Arab sepenuhnya. Pelajar yang berjaya melepasi ujian itu akan dimasukkan ke Maahad Buuth.

Namun jika sebaliknya, pelajar akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor. Dirosoh Khossor ialah pra-menengah yang terdiri daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 6 sama seperti di Maahad Buuth. Antara subjek yang akan diajar ialah :
    • Tahfizul Qur’an
    • Tahsiinul Qur’an
    • Talaqqi Dalaman
    • Pengajian Umum

 

    • Program Study Tour
    • Pengajian Bahasa Arab
    • Talaqqi Kitab Bersama Syeikh
Apabila tamat pengajian di Madrasah Daulah, maka mereka sudah boleh sambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Pelajar boleh sambung belajar di Universiti Al-Azhar, Mesir. Bidang yang ditawarkan ialah Pengajian Islam dan tempoh pengajian adalah selama 4 tahun.
Sekiranya berminat untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila hubungi nombor yang tertera di bawah.
Daulah Educonsult : https://daulahmedic.com/
Madrasah Daulah : https://madrasahdaulah.com/
Instagram : https://www.instagram.com/daulah_educonsult/
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here