Madrasah Daulah merupakan sebuah institusi pengajian Islam yang terletak di Mesir. Pelajar yang tidak mempunyai sijil SPM atau STAM boleh berdaftar ke madrasah ini dan pendaftaran juga dibuka kepada mereka yang berumur 12 hingga 31 tahun. Tidak kira lelaki atau perempuan Madrasah Daulah tetap akan menerima pelajar.
Mereka yang hendak berdaftar perlu mempunyai semangat belajar yang tinggi dan mampu untuk mengikut peraturan yang dibuat oleh Madrasah Daulah. Pelajar juga akan ditawarkan dengan khidmat konsultan secara percuma.
Konsultan tersebut akan diberikan oleh pihak Madrasah Daulah. Apa yang akan diterangkan ialah kehidupan di Mesir, pelajaran di sana, penjagaan dan macam-macam lagi. Pelajar yang belajar di Madrasah Daulah akan dijaga oleh mudir. Mereka akan dijaga sepanjang mereka belajar di sana.
Namun, pelajar yang berdaftar ke Madrasah Daulah akan dimasukkan ke dalam kelas. Kelas tersebut adalah sebagai persediaan kepada mereka untuk menduduki ujian penentuan.
Ujian tersebut yang akan menentukan pelajar masuk ke Maahad Buuth. Kelas yang akan disertai ialah Markaz Nile dan Sanad Tahsinul Quran.
Kedua-dua kelas tersebut adalah berbeza-beza. Markaz Nile ialah kelas Bahasa Arab manakala Sanad Tahsinul Quran ialah kelas khatam 30 juzuk Al-Quran. Tempoh pengajian di dalam kelas tersebut adalah tidak sampai setahun. Namun semuanya adalah dalam Bahasa Arab.
Ujian Imtihan Qabul itu akan diambil oleh pelajar yang disebut nama oleh Madrasah Daulah. Sekiranya pelajar berjaya melepasi ujian tersebut, mereka akan dimasukkan ke Maahad Buuth. Maahad Buuth merupakan sekolah menengah yang terdiri daripada tingkatan 1 hingga 6.
Namun jika pelajar tidak melepasi ujian tersebut, mereka akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor. Dirosoh Khossor juga terdiri daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 6 namun ianya merupakan pra-menengah. Pengajiannya masih sama iaitu dalam Bahasa Arab. Antara subjek yang akan diajar sepanjang di Madrasah Daulah ialah :
    • Tahsiinul Qur’an
    • Tahfizul Qur’an
    • Talaqqi Dalaman
    • Pengajian Bahasa Arab

 

    • Pengajian Umum
    • Program Study Tour
    • Talaqqi Kitab Bersama Syeikh
Setelah tamat pengajian di Madrasah Daulah, pelajar akan dimasukkan ke Universiti Al-Azhar yang terletak di Kaherah, Mesir. Tempoh pengajian di Universiti Al-Azhar adalah selama 4 tahun. Mereka akan ditawarkan dengan bidang Pengajian Islam yang mempunyai tiga pecahan.
    • Usuluddin
    • Syariah
    • Bahasa Arab
Sekiranya ingin mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila hubungi nombor yang tertera di bawah.
Daulah Educonsult : https://daulahmedic.com/
Madrasah Daulah : https://madrasahdaulah.com/
Instagram : https://www.instagram.com/daulah_educonsult/
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here