Madrasah Daulah telah membuka pendaftaran kepada semua rakyat Malaysia untuk berdaftar sesi Oktober dan November 2020. Malah, Madrasah Daulah juga membuka tawaran pendaftaran kepada mereka yang berumur dari 12 hingga 31 tahun tidak kira lelaki atau perempuan.
Malah, mereka yang tidak mempunyai sijil SPM atau STAM juga boleh mendaftar ke Madrasah Daulah. Pelajar akan ditawarkan dengan khidmat konsultan secara percuma tentang pembelajaran dan gaya hidup atau situasi semasa di Madrasah Daulah. Terdapat sebuah program yang ditawarkan kepada pelajar.
Program tersebut ialah program Maahad Buuth iaitu sekolah menengah. Pelajar yang hendak memasuki program ini hendaklah menduduki ujian penentuan.
Ujian tersebut ialah Ujian Imtihan Qabul. Jadi sebagai persediaan pelajar akan dimasukkan ke dalam kelas iaitu Markaz Nile dan Sanad Tahsinul Quran.
Markaz Nile ialah kelas Bahasa Arab yang mana pelajar akan diajar berbahasa Arab sepenuhnya. Sanad Tahsinul Quran ialah kelas khatam 30 juzuk Al-Quran. Tempoh pengajian sebelum menduduki ujian tersebut adalah kurang daripada setahun.
Ujian Imtihan Qabul ialah ujian Bahasa Arab dan ujian penentuan untuk ke Maahad Buuth. Pelajar yang berjaya melepasi ujian tersebut akan dimasukkan ke Maahad Buuth.
Manakala pelajar yang sebaliknya akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor. Dirosoh Khossor ialah pra-menengah yang mempunyai 6 tingkatan sama seperti di Maahad Buuth.
Subjek yang akan didedahkan sepanjang di Madrasah Daulah ialah
-
-
Tahsiinul Qur’an
-
Tahfizul Qur’an
-
Talaqqi Dalaman
-
Pengajian Umum
-
Pengajian Bahasa Arab
-
Program Study Tour
-
Talaqqi Kitab Bersama Syeikh
-