Pelajar yang berminat mahu menyambung pengajian sehingga ke Universiti Al – Azhar boleh mendaftar menerusi Program Madrasah Daulah. Untuk melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar, pelajar terlebih dahulu perlu memasuki Maahad Buuth. Maahad Buuth adalah merupakan sebuah sekolah menengah yang bertaraf antarabangsa yang terdiri daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 6.

Maahad Buuth menawarkan tempat kepada sesiapa yang berminat bagi mendalami ilmu pengajian islam dan memasuki Universiti Al – Azhar. Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang di Maahad Buuth. Mereka secara tidak langsung akan terus diserap ke Universiti Al – Azhar yang terletak di Mesir.

Pengajian di Universiti Al – Azhar mengambil masa selama 4 tahun. Pelajar berpeluang untuk menyambung pengajian sehingga ke Universiti Al-Azhar menerusi Program Madrasah Daulah tanpa memerlukan sijil SPM dan STAM.

Untuk pengetahuan pelajar, Madrasah Daulah merupakan sebuah madrasah yang menguruskan dan membimbing pelajar bagi menuntut ilmu di Maahad Buuth. Peluang pengajian di Maahad Buuth ini dibuka kepada pelajar lelaki dan perempuan. Pelajar yang mempunyai semangat yang tinggi untuk menimba ilmu dan ingin cemerlang dalam pelajaran.

BACA JUGA :   Sertai Program Madrasah Daulah Di Mesir Dan Sambung Belajar Ke Universiti Al-Azhar.

Pelajar seawal usia 12 tahun sehingga 31 tahun dibenarkan untuk menyambung pengajian. Jika pelajar berminat untuk menyambung pengajian sehingga ke Universiti Al-Azhar, pelajar boleh memohon untuk menyambung pengajian di  Maahad Buuth terlebih dahulu menerusi Madrasah Daulah.

Ini adalah jalan yang terbaik untuk menyambung pengajian sehingga peringkat Ijazah Sarjana. Terutama sekali bagi pelajar yang tidak mendapat sebarang tempat di mana – mana institusi pengajian.  Jika berminat untuk melanjutkan pengajian di dalam bidang pengajian islam pelajar boleh terus mendaftar menerusi Madrasah Daulah.

Sebelum itu, pelajar perlu menduduki ujian kelayakan terlebih dahulu sebelum dapat memasuki ke Maahad Buuth. Ujian kelayakan yang dimaksudkan ialah Ujian Imtihan Qabul. Ujian ini akan menentukan sama ada pelajar akan berjaya atau tidak untuk menempatkan diri di Maahad Buuth.

Sebelum menduduki Ujian Imtihan Qabul pelajar akan menghadiri kelas. Kelas yang dimaksudkan ialah Markaz Nile dan Sanad Tahsinul Quran.

Markaz Nile adalah kelas Bahasa Arab, manakala Sanad Tahsinul Quran adalah kelas khatam 30 juzuk Al – Quran. Tempoh pengajian di situ tidak lebih daripada satu tahun.

BACA JUGA :   Kes COVID-19 telah cecah 4.41 juta di seluruh dunia

Sekiranya pelajar tidak berjaya untuk melepasi ujian kelayakan untuk memasuki ke Maahad Buuth, pelajar akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor terlebih dahulu.  Bagi pelajar yang akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor mereka akan mempelajari ilmu pengajian islam.

Antara subjek yang akan diajar di Dirosoh Khossor :

  • Tahsinul Quran
  • Tahfizul Quran
  • Talaqqi Dalaman
  • Pengajian Bahasa Arab
  • Pengajian Umum
  • Program Study Tour
  • Talaqqi Kitab Bersama Syeikh

Madrasah Daulah adalah peluang untuk anda meyambung pengajian sehingga ke peringkat Ijazah Sarjana di Universiti Al – Azhar. Jangan lepaskan peluang ini jika pelajar berminat untuk mendalami ilmu pengajian islam. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan dan inginkan maklumat lanjut, sila layrai laman web dan media sosial kami.

Madrasah Daulah : https://madrasahdaulah.com/
Daulah Educonsult : https://daulahmedic.com/
Instagram : https://www.instagram.com/daulah_educonsult/
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1 : 0189624322
Customer service 2 : 0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here