Madrasah Daulah merupakan sebuah institusi pengajian islam yang terletak di Mesir. Pelajar yang mahu melanjutkan pengajian tetapi tidak memiliki sijil SPM dan STAM, boleh memohon untuk menyambung pengajian di Madrasah Daulah. Ini kerana Madrasah Daulah menerima pelajar yang tidak memiliki sijil berkenaan.
Tempoh pengajian di Madrasah Daulah ialah selama 1 hingga 2 tahun. Pelajar akan belajar di Madrasah Daulah terlebih dahulu sebelum memasuki Maahad Buuth. Maahad Buuth merupakan sekolah menengah yang bertaraf antarabangsa.
Pelajar yang diterima masuk ke dalam Madrasah Daulah adalah terbuka kepada pelajarĀ lelaki dan perempuan yang berusia dari 12 tahun hingga ke 31 tahun. Pelajar akan dimasukkan ke Madrasah Daulah terlebih dahulu sebelum memasuki ke Maahad Buuth sebagai langkah persediaan untuk menduduki ujian kelayakkan. Ujian yang di maksudkan ialah Ujian Imtihan Qabul, di mana ia akan menentukan sama ada pelajar akan berjaya masuk ke Maahad Buuth atau tidak.
Jika pelajar tidak berjaya melayakkan diri ke Maahad Buuth pelajar akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor. Ianya bertujuan untuk pelajar mempelajari tentang pengajian islam dan pelajar akan mempelajari ilmu pengajian islam ini di dalam bahasa arab.
Antara subjek yang akan diajar di Dirosoh Khossor ialah Tahsinul Quran, Tahfizul Quran, Talaqqi Dalaman, Pengajian Bahasa Arab, Pengajian Umum, Program Study Tour dan Talaqqi Kitab Bersama Syeikh.
Pelajar yang menamatkan pengajian akan terus diserap masuk ke dalam Universiti Al – Azhar di Mesir. Pengajian di Universiti Al – Azhar mengambil masa selama 4 tahun. Sekiranya pelajar berminat untuk melanjutkan pengajian ke Mesir, Madrasah Daulah adalah jalan yang terbaik untuk pelajar.
Maklumat lanjut boleh didapati di laman web dan media sosial kami. Sekiranya, pelajar mempunyai sebarang pertanyaan boleh hubungi talian dibawah.
Madrasah Daulah : https://madrasahdaulah.com/
Daulah Educonsult : https://daulahmedic.com/
Instagram : https://www.instagram.com/daulah_educonsult/
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1 : 0189624322
Customer service 2 : 0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)