Bandar Kursk merupakan bandar yang meninggalkan banyak kesan peperangan pada suatu zaman dahulu. Selain daripada itu, bandar Kursk juga mempunyai sebuah universiti yang terbaik di Rusia.
Universiti yang terdapat di Bandar Kursk itu ialah Kursk State Medical University. Universiti ini merupakan universiti perubatan yang terbaik di Rusia. Tambahan, universiti merupakan universiti pertama yang menggunakan Bahasa Inggeris dalam praktikal bidang perubatan.
Selain daripada itu, yuran pengajiannya juga adalah dibayar secara lock-fee. Bayaran secara lock-fee ialah bayaran yang dibayar mengikut kepada mata wang Malaysia dengan tiada bayaran tambahan.
Kursk State Medical University ialah salah satu universiti yang telah dipilih oleh Daulah Educonsult untuk sambung pelajaran. Lanjutan pelajaran luar negara bersama Daulah Educonsult adalah dibuka kepada pelajar lepasan SPM, STPM, A-level, O-level dan setaraf dengannya.
Bidang yang ditawarkan kepada pelajar ialah bidang perubatan, pra-perubatan, pergigian, farmasi dan gerontologi. Gerontologi ialah bidang yang mana pelajar akan membuat penyelidikan terhadap perkembangan orang yang sudah berusia. Mereka akan lakukan penyelidikan pada mental dan fizikal pesakit.
Bidang pra-perubatan ialah dikhususkan kepada pelajar yang tidak mempunyai asas dalam bidang perubatan atau SPM. Pra-perubatan mempunyai taraf yang sama dengan asasi dalam perubatan atau Foundation in Medical.
Selain daripada itu, tempoh pengajian bagi bidang pra-perubatan ialah selama 7 tahun di KSMU. Manakala bagi bidang perubatan ialah selama 6 tahun dan pergigian adalah selama 5 tahun. Bagi bidang farmasi ialah selama 4 tahun.
Bidang perubatan pula dibuka kepada pelajar-pelajar lepasan STPM, Matrikulasi, DIploma dan setaraf dengannya. Pelajar yang telah tamat pengajian bagi bidang pra-perubatan boleh lanjutkan pelajaran mereka ke bidang perubatan.
Selain daripada negara Rusia yang ditawarkan, terdapat juga negara lain. Antaranya ialah Mesir, Poland, Indonesia, Bangladesh dan Turki. Banyakkan? Jadi kalau berminat hendak berdaftar boleh isikan butiran ke dalam borang di bawah.
Ramai yang lebih selesa bila tidur dalam keadaan gelap, tetapi ada juga yang terbiasa tidur dengan keadaan terang atau lampu menyala. Tahukah anda bahawa...
Dalam dunia pemakanan, banyak makanan yang dilabel sebagai "tidak sihat" kerana kandungan kalori, lemak atau gula yang tinggi. Namun, tidak semua makanan yang dianggap...
Murmansk, sebuah bandar di Rusia yang terletak di dalam Lingkaran Artik, terkenal dengan keadaan cuaca ekstrem dan fenomena alam yang luar biasa. Salah satu...