Safer merupakan syarikat e-hailing yang menyediakan aplikasi Safer dan pelbagai perkhidmatan hanya dalam satu aplikasi sahaja.
Malah, Safer telah melancarkan sebuah perkhidmatan baharu kepada pengguna.
Tetapi sebelum itu, bagi mereka yang belum lakukan pendaftaran sebagai pengguna Safer, daftar sekarang.
Pendaftaran boleh dilakukan dengan memuat naik aplikasi SAFER menerusi Google Play Store atau Apps Store. Boleh juga lakukan pendaftaran dengan hanya klik sahaja link di bawah.
Perkhidmatan baharu yang diperkatakan tadi ialah Safer Concierge. Safer Concierge merupakan sebuah perkhidmatan untuk menemani pengguna ke mana sahaja dan memberi ‘layanan’ kepada pengguna.
Apa yang dimaksudkan dengan layanan adalah menemani ke hospital, pasar malam, membawa beg dari kapal terbang dan banyak lagi. Perkhidmatan ini dalam masa yang sama dapat meringankan beban pengguna yang terpaksa pergi ke destinasi bersendirian.
Sebagai contoh, Encik Farid perlu ke hospital kerana ada pemeriksaan kesihatan dan dia membuat tempahan Safer Concierge. Dalam masa yang sama, Encik Farid terpaksa pergi bersendirian kerana ahli keluarganya yang lain tidak berada di rumah.
Pengguna yang berminat boleh dapatkan tempahan dengan mengisi borang yang tertera di bawah.
Anas iaitu pemandu Safer Concierge mendapat tempahan dan menemani Encik Faris ke hospital. Anas bukan sahaja menghantar Encik Farid, malah dia juga menemani Encik Faris berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan kesihatan.
Setelah habis pemeriksaan kesihatan, Anas akan menghantar Encik Farid pulang ke rumah.
Selepas tamatnya operasi menemani Encik Farid, Anas akan mendapat bayaran selepas itu.
Pengguna yang hendak lakukan tempahan perlu menggunakan eWallet Safer sahaja dan pastikan baki yang tinggal mencukupi.
Perkhidmatan ini sudah boleh didapatkan menerusi aplikasi Safer.
Menarik bukan? Jadi pengguna selepas ini tidak perlu risau jika berseorangan kerana dengan Safer Concierge semuanya akan menjadi mudah dan tidak lagi berseorangan.
Sekiranya ingin mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila layari dan hubungi nombor yang tertera di bawah.
Tekanan merupakan sebahagian daripada kehidupan yang tidak dapat dielakkan. Sama ada tekanan di tempat kerja, di rumah, atau dalam perhubungan, cara kita menghadapinya akan...
Menunggu keputusan UPU boleh menjadi satu tempoh yang penuh dengan ketidakpastian dan tekanan. Ramai pelajar menghabiskan masa berbulan-bulan menanti tanpa mengambil sebarang langkah alternatif....
Dalam kalangan pelajar Malaysia yang bercita-cita menjadi doktor, pemilihan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi sering menjadi topik hangat, terutama sekali kalau pelajar yang...