Maahah Buuth ialah sebuah program yang ditawarkan kepada pelajar yang berminat untuk sambung belajar.
Pelajar yang berminat untuk berdaftar, mereka boleh lakukan pendaftaran dengan berdaftar melalui Madrasah Daulah.
Pendaftaran ke Madrasah Daulah tidak memerlukan sebarang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
Malah, apabila sudah tamat pengajian di Maahad Buuth, mereka boleh melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar, Mesir.
Tawaran pendaftaran adalah dibuka kepada mereka yang berumur 12 hingga 31 tahun tidak kira lelaki atau perempuan. Seawal 12 tahun sudah boleh belajar ke negara orang! Tapi jangan risau kerana mereka akan dijaga oleh mudir sepanjang di sana.
Mereka yang telah berdaftar tidak akan terus masuk ke Maahad Buuth. Sebaliknya mereka perlu belajar dahulu ke dalam kelas Markaz Nile dan Sanad Tahsinul Quran. Markaz Nile ialah kelas Bahasa Arab.
Sanad Tahsinul Quran ialah kelas khatam 30 juzuk Al-Quran. Pelajar yang tidak mempunyai sebarang asas dalam Bahasa Arab tidak perlu risau kerana sepanjang di kelas tersebut akan diajar berbahasa Arab.
Kelas tersebut adalah sebagai persediaan kepada pelajar untuk menduduki ujian. Ujian Imtihan Qabul ialah ujian yang akan menentukan pelajar memasuki ke Maahad Buuth. Ujian tersebut adalah ujian dalam Bahasa Arab sepebuhnya.
Pelajar yang melepasi ujian tersebut akan dimasukkan ke Maahad Buuth. Namun plejara yang mendapat keputusan sebaliknya akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor. Maahad Buuth ialah sekolah menengah yang terdiri daripada tingkatan 1 hingga 6.

Pengajian di Maahad Buuth adalah sama dengan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Dirosoh Khossor ialah pra-menengah yang mempunyai  enam tingkatan dan akan didedahkan dengan beberapa subjek.
    • Tahsiinul Qur’an
    • Tahfizul Qur’an
    • Talaqqi Dalaman
    • Pengajian Bahasa Arab

 

    • Pengajian Umum
    • Program Study Tour
    • Talaqqi Kitab Bersama Syeikh
Selepas tamat sahaja pengajian di Madrasah Daulah, maka pelajar boleh lanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar. Mudah bagi pelajar kerana mereka akan terus boleh masuk ke universiti dalam peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Bidang yang akan ditawarkan kepada pelajar ialah Pengajian Islam. Terdapat tiga pecahan bagi Pengajian Islam iaitu Bahasa Arab, Usuluddin dan Syariah. Tempoh pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir ialah selama 4 tahun.
Daulah Educonsult : https://daulahmedic.com/
Madrasah Daulah : https://madrasahdaulah.com/
Instagram : https://www.instagram.com/daulah_educonsult/
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)                 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here