Madrasah daulah ialah sebuah institusi Pengajian Islam yang dibuka kepada pelajar yang hendak belajar ke Mesir. Madrasah ini terletak di Kaherah, Mesir. Terdapat sebuah program yang ditawarkan kepada pelajar iaitu Maahad Buuth.
Maahad Buuth ialah sekolah menengah yang terdiri daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 6. Malah, program ini juga mempunyai pengajian yang sama dengan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
Pelajar yang hendak berdaftar akan ditawarkan dengan khidmat konsultan secara percuma. Malah, selepas pendaftaran, pelajar akan dimasukkan ke dalam kelas. Kelas ini adalah sebagai persediaan untuk menduduki ujian penentuan.
Kelas yang dimasudkan ialah Markaz Nile, kelas Bahasa Arab dan Sanad Tahsinul Quran. Sanad Tahsinul Quran ialah kelas khatam 30 juzuk Al-Quran. Mereka yang tidak mempunyai sebarang asas dalam Bahasa Arab tidak perlu risau.
Ini kerana sepanjang di Madrasah Daulah, mereka akan diajar untuk berbahasa Arab sepenuhnya. Tambahan, sepanjang pelajar berada di Madrasah Daulah, mereka akan dijaga oleh mudir.
Selepas tamat pengajian di dalam kelas tersebut, pelajar perlu menduduki ujian penentuan ke Maahad Buuth. Ujian ini ialah Ujian Imtihan Qabul. Soalan di dalam ujian tersebut ialah dalam Bahasa Arab sepenuhnya.
Pelajar yang melepasi ujian tersebut akan dimasukkan ke Maahad Buuth. Manakala pelajar yang sebaliknya akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor. Dirosoh Khossor ialah pra-menengah yang terdiri daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 6.
Sepanjang di Dirosoh Khossor, pelajar akan diajar dengan beberapa subjek. Antaranya ialah :
-
-
Tahfizul Qur’an
-
Tahsiinul Qur’an
-
Talaqqi Dalaman
-
Pengajian Umum
-
-
-
Program Study Tour
-
Pengajian Bahasa Arab
-
Talaqqi Kitab Bersama Syeikh
-