Kes positif yang telah direkodkan semalam menunjukkan angka masih kekal dengan angka 800. Angka ini telah berlaku selama tiga hari berturut-turut dan yang paling teruk adalah di Sabah.
Kes positif COVID-19 pada hari semalam adalah sebanyak 865 dengan 858 adalah kes tempatan. Manakala baki 7 adalah kes import. Sabah mencatatkan kes yang tertinggi iaitu sebanyak 643 kes diikuti dengan Selangor sebanyak 107 kes.
Susulan itu, kerajaan sedang mengkaju berkemungkinan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) akan dilaksanakan di Lembah Klang. Hal ini kerana kes yang semakin lama semakin meningkat dan membimbangkan.
SOP yang telah dikeluarkan sepanjang pelaksanaan PKPB ini juga kelihatan sangat longgar dengan membenarkan banyak aktiviti sosial. Hal ini, Ismail Sabri, Menteri Kanan Pertahanan berkata pilihan lain adalah dengan memperketatkan SOP di kawasan terbabit.
Sungguhpun begitu, segala keputusan dan kajian adalah bergantung kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ini kerana pelaksanaan tersebut memerlukan penyelidikan yang lebih teliti terhadap pelbagai sektor.

“Kalau PKPD dilaksanakan, semua orang tidak boleh keluar rumah. Makanan akan dihantar ke rumah, aktiviti ekonomi juga perlu dihentikan”.

Namun, tambah Ismail Sabri ” Sekarang kita sedang buat penilaian dan sedang dapatkan pandangan daripada beberapa sektor lain”.
Malah, beliau juga seang menunggu keputusan pelaksanaan PKPD di Lembah Klang akan ditentukan dalam masa yang terdekat.
-Oktober 2020

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here