Syarikat kedai minuman viral jenama Bubblebee Sdn Bhd dikhabarkan telah menamatkan empat pengurusan cawangan mereka. Hal ini disebabkan oleh perniagaan keempat-empat cawangan itu yang terjejas teruk selepas tular berita membabitkan rakan usahasama mereka. Berita ini dikhabarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Bubblebee, Ismail Abdul Rahman.

Berhubungan dengan itu, salah seorang hali lembaga juga telah dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) untuk bantu siasatan. Walaupun siasatan masih lagi dijalankan, namun ianya telah beri impak negatif dan mengundang reputasi buruk.

Penamatan ini adalah berkuat kuasa serta-merta. Cawangan yang terlibat adalah Bubblebee Ampang, Bubblebee Senawang, Bubblebee Sentul dan Bubblebee Sungai Buloh. Untuk rekod, pelawak dan juruhebah radio, Shuib Sepahtu telah dipanggil oleh SPRM untuk bantu siasatan kes Macau Scam.

BACA JUGA :   Malaysia Duduki Tangga ke-62 Indeks Persepsi Korupsi, Terburuk Dalam Tempoh 5 Tahun

Keempat-empat cawangan itu akan ditutup serta merta buat sementara waktu bagi melancarkan urusan pengambilalihan operasi oleh ibu pejabat Bubblebee. Pembukaan semula akan diumumkan di platform komunikasi rasmi mereka selepas selesai proses pengambilalihan.

Tambahan, pihak Bubblebee bersedia untuk memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa berhubung dengan kes Macau Scam yang menggemparkan seluruh rakyat Malaysia.

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here