Madrasah Daulah ialah sebuah institusi Pendidikan Agam Islam yang terletak di Kaherah, Mesir. Pelajar yang tidak mempunyai sebarang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) boleh berdaftar ke Madrasah Daulah.
Di Madrasah Daulah ada menawarkan sebuah program yang akan membantu mereka melanjutkan pelajaran sehingga ke Universiti Al-Azhar, Mesir. Program tersebut ialah Maahad Buuth. Maahad Buuth merupakan sekolah menengah yang terdiri daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 6.
Pendaftaran ke Maahad Buuth adalah dibuka kepada pelajar yang berusia 12 hingga 31 tahun tanpa mengira lelaki atau perempuan. Sepanjang mereka berada di Madrasah Daulah, mereka akan dijaga oleh mudir. Mudir itu telah diberi tanggungjawab untuk menjaga mereka di sana.
Selepas mereka telah berdaftar, mereka tidak akan terus masuk ke Maahad Buuth. Mereka perlu masuk ke dalam kelas sebagai persediaan untuk menduduki Ujian Imtihan Qabul. Ujian tersebut ialah ujian yang akan menentukan mereka masuk ke Maahad Buuth.
Sekiranya pelajar melepasi ujian tersebut, mereka akan dimasukkan ke Maahad Buuth, namun jika sebaliknya. Mereka akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor.
Dirosoh Khossor ialah pra-menengah yang terdiri daripada tingkatan 1 hingga 6.
Sebelum ketinggalan, Maahad Buuth ialah program yang mempunyai pengajian yang sama dengan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Pelajar yang tidak mempunyai asas dalam Bahasa Arab tidak perlu risau.
Sepanjang di Madrasah Daulah, mereka akan diajar dalam Bahasa Arab sepenuhnya. Tiada masalah untuk mereka jika tidak tahu langsung Bahasa Arab. Selain itu, mereka juga akan belajar dalam subjek tertentu.
-
-
Tahsiinul Qur’an
-
Tahfizul Qur’an
-
Talaqqi Dalaman
-
Pengajian Bahasa Arab
-
Pengajian Umum
-
Program Study Tour
-
Talaqqi Kitab Bersama Syeikh
-