Maahad Buuth ialah sebuah program yang ditawarkan oleh Madrasah Daulah kepada pelajar yang berminat untuk belajar bidang Pengajian Islam. Pelajar yang tidak mempunyai sebarang sijil samada SPM atau STAM boleh berdaftar ke Madrasah Daulah. Namun, mereka akan ditemu bual terlebih dahulu sebelum melakukan pendaftaran.
Madrasah Daulah juga akan menawarkan sesi konsultan secara percuma kepada pelajar. Tujuannya adalah untuk menerangkan tentang prosedur yang terdapat di Madrasah Daulah. Sebelum berdaftar, terdapat beberapa syarat yang telah dikeluarkan oleh Madrasah Daulah kepada pelajar iaitu :
    • 12 hingga 31 tahun
    • Lelaki atau perempuan
    • Mempunyai semangat yang tinggi untuk belajar
    • Mampu mengikut peraturan yang ditetapkan
Mereka yang telah berdaftar masuk ke Madrasah Daulah tidak akan terus masuk ke program Maahad Buuth. Mereka akan didedahkan dengan subjek-subjek yang akan diajar semasa di dalam kelas. Subjek yang akan diajar ialah
    • Tahsiinul Qur’an
    • Tahfizul Qur’an
    • Talaqqi Dalaman
    • Pengajian Bahasa Arab
    • Pengajian Umum
    • Program Study Tour
    • Talaqqi Kitab Bersama Syeikh
Kesemua subjek berkenaan akan diajar di dalam kelas iaitu Markaz Nile dan Sanad Tahsiinul Quran. Markaz Nile ialah kelas Bahasa Arab manakala Sanad Tahsinul Quran ialah kelas khatam 30 juzuk Al-Quran. Subjek-subjek dan kelas tersebut adalah sebagai persediaan untuk menduduki Ujian Imtihan Qabul.
Tempoh pengajian sebelum menduduki ujian tersebut ialah selama kurang daripada 1 tahun. Ujian tersebut adalah ujian yang sepenuhnya dalam Bahasa Arab. Jadi jika pelajar tidak mempunyai asas dalam Bahasa Arab, jangan risau. Kelas tersebut akan mengajar mereka untuk berbahasa Arab.
Ujian Imtihan Qabul adalah ujian yang akan menentukan pelajar untuk memasuki ke Maahad Buuth. Maahad Buuth ialah sekolah menengah yang mempunyai 6 tingkatan bermula dari tingkatan 1 hingga 6. Pengajian di Maahad Buuth juga adalah seakan-akan sama dengan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
Terdapat satu lagi program iaitu Dirosoh Khossor yang mana program ini adalah untuk membantu pelajar yang tidak melepasi ujian itu untuk terus bangkit. Tempoh pengajiannya adalah sama seperti di Maahad Buuth dengan mempunyai 6 tingkatan dari tingkatan 1 hingga 6.
Selepas tamatnya pengajian di Madrasah Daulah, pelajar akan dimasukkan ke Universiti Al-Azhar yang terletak di Mesir. Tambahan, bidang yang akan ditawarkan kepada mereka ialah Pengajian Islam dengan tiga pecahan iaitu Bahasa Arab, Syariah dan Usuluddin. Tempoh pengajiannya adalah selama 4 tahun.
Sekiranya ingin mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila hubungi nombor yang tertera di bawah.
Daulah Educonsult : https://daulahmedic.com/
Madrasah Daulah : https://madrasahdaulah.com/
Instagram : https://www.instagram.com/daulah_educonsult/
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here