Terdapat pelbagai cara untuk belajar ke peringkat seterusnya tetapi perlulah dengan usaha dan ikhtiar dari diri kita. Jadi, Madrasah Daulah kini ingin membantu mereka yang tidak mempunyai sebarang sijil untuk sambung belajar ke Mesir sehingga ke Ijazah Sarjana.
Mereka yang hendak berdaftar hendaklah mempunyai semangat yang tinggi dan mampu untuk mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Tambahan, pelajar akan ditawarkan dengan khidmat konsultan secara percuma. Malah, pendaftaran juga dibuka kepada mereka yang berumur 12 hingga 31 tahun.
Apa yang ditawarkan di Madrasah Daulah ialah program Maahad Buuth. Maahad Buuth ialah sekolah menengah yang bermula dari tingkatan 1 hingga tingkatan 6. Namun sebelum memasuki program tersebut, mereka perlu menduduki sebuah ujian yang dipanggil Ujian Imtihan Qabul.
Tetapi sebelum menduduki ujian itu, pelajar perlu memasuki ke kelas yang ditawarkan oleh Madrasah Daulah. Kelas tersebut ialah Markaz Nile dan Sanad Tahsinul Quran. Markaz Nile ialah kelas Bahasa Arab manakala Sanad Tahsinul Quran ialah kelas khatam 30 juzuk Al-Quran.
Tempoh pengajian adalah tidak kurang daripada 1 tahun. Selepas memasuki kelas tersebut, sudah tiba masanya untuk mereka menduduki Ujian Imtihan Qabul.
Ujian tersebut adalah ujian dalam Bahasa Arab. Pelajar yang melepasi ujian tersebut akan dimasukkan ke Maahad Buuth. Pengajiannya adalah sama dengan STAM.
Manakala bagi pelajar yang tidak melepasi ujian tersebut akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor. Pengajiannya adalah dari tingkatan 1 hingga tingkatan 6. Antara subjek yang akan diajar sepanjang di Madrasah Daulah ialah
-
-
Tahsinul Quran
-
Tahfizul Qur’an
-
Talaqqi Dalaman
-
Pengajian Bahasa Arab
-
Pengajian Umum
-
Program Study Tour
-
Talaqqi Kitab Bersama Syeikh
-