Pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda khususnya memerlukan sekurang-kurang sjil SPM atau STAM. Namun bagaimana pula dengan pelajar yang tiada sijil akademik tersebut namun mempunyai semangat yang tinggi untuk melanjutkan pengajian. Kepada anda yang beminat melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengajian Islam, Deenamik cadangkan anda untuk sertai Madrasah Daulah. Melalui Madrasah Daulah, anda mampu untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar tanpa perlukan sijil SPM dan STAM.

Pendaftaran ke Madrasah daulah boleh dilakukan melalui Daulah Educonsult. Seterusnya, pelajar akan melanjutkan pengajian ke Maahad Buuth dan seterusnya ke Universiti Al-Azhar. Kembali ke Madrasah Daulah, mereka menerima pelajar lelaki dan perempuan yang berusia antara 12 tahun hingga 31 tahun.

Jika anda berminat, lakukan pendaftaran awal dengan lengkapkan borang pendaftaran di link di bawah. Kemasukan seterusnya adalah pada Oktober dan November 2020. Pelajar digalakkan lakukan pendaftaran segera kerana kuota kali ini adalah sangat terhad.

?? https://bit.ly/32R1pPO ??

Di Madrasah Daulah, pelajar akan dipersiapkan untuk menghadapi ujian kemasukan ke Maahad Buuth iaitu Ujian Imtihan Qabul. Umum mengetahui, Maahad Buuth hanya menerima pelajar yang berkualiti dan cemerlang sahaja. Oleh itu, Madrasah Daulah adalah platform terbaik untuk anda lakukan persiapan diri. Pelajar akan mempelajari subjek berkenaan sepanjang di Madrasah Daulah :

BACA JUGA :   Tawaran Belajar Di Kursk State Medical University Sesi November 2020 Masih Dibuka.

?Tahsinul QURAN
?Tahfizul Quran
?Talaqqi Dalaman
?Talaqqi Kitab Bersama Syeikh
?Pengajian Umum
?Pengajian Bahasa Arab
?Program Study Tour

Tempoh pengajian paling lama di Madrasah Daulah untuk menunggu nama naik menjalani ujian kelayakan ke Maahd Buuth adalah selama 2 tahun. Tempoh masa tersebut sangat cukup dan memadai pelajar untuk lakukan persediaan.

Selepas menjalani ujian kemasukan ke Maahad Buuth, pelajar akan ditempatkan di dua tempat yang berbeza. Hal ini kerana pengajian di Maahad Buuth mementingkan penguasaan pelajar. Jika cemerlang, pelajar akan terus melanjutkan pengajian ke Maahad Buuth. Namun jika kurang cemerlang, pelajar akan ditepampatkan terlebih dahulu ke Dirosah Khossoh. Dirosah Khossoh ialah pra menengah manakala Maahad Buuth adalah sekolah menengah antarabangsa.

Di Maahad Buuth, pelajar akan belajar dengan pelajar dari seluruh dunia. Hal ini kerana sebanyak 114 buah negara menghantar pelajar mereka untuk melanjutkan pengajian ke institusi pendidikan ini. Pelajar yang berpeluang melanjutkan pengajian ke Maahad Buuth akan menikmati pengajian percuma di mana segala yuran dan kos tenaga pengaajr ditanggung sepenuhnya oleh Institusi Ilmu Al-Azhar Asy Syariff.

Sistem lompat kelas juga masih dijalankan oleh Mahad Buuth. Pelajar yang cemerlang dan menguasai pengajian dibenarkan lompat sehingga 2 kelas. Oleh itu, memang terdapat budaya dimana terdapat pelajar yang lebih berusia dan mudah dalam satu kelas yang sama.

BACA JUGA :   Belajar ke Madrasah Daulah Tanpa Sijil Diperlukan

Selepas tamat pengajian di Madrasah Daulah dan Maahad Buuth, pelajar akan melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar. Intitusi pendidikan terulung dan tertua di Mesir ini tidak perlu diragui lagi kemampuannya. pelajar yang lahir dari universiti ini adalah yang berkualiti dan terbaik. Tempoh pengajian adalah 4 tahun untuk Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam.

Tunggu apa lagi? Daftar segera sebagai pelajar di Madrasah Daulah dan anda berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar tanpa perlukan sijil SPM dan STAM. Kemasukan Oktober dan November 2020!

Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir, Poland, Rusia, Indonesia, Turki, Bangladesh dan sebagainya.  Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Farmasi, Pergigian, Gerontologi, Akaun, Kejuruteraan Pesawat, Perniagaan Antarabangsa, Teknologi Maklumat dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here