Pelajar yang mahu melanjutkan pengajian tetapi tidak mendapat sebarang tempat di mana – mana universiti. Pelajar boleh melanjutkan pengajian di dalam bidang pengajian islam menerusi Madrasah Daulah yang terletak di Mesir.

Para pelajar boleh memasuki ke Madrasah Daulah walaupun tidak memiliki sijil SPM ataupun sijil STAM.

Kemasukkan ini terbuka kepada pelajar lelaki dan perempuan yang mempunyai semangat yang tinggi untuk menimba ilmu dan ingin cemerlang dalam pelajaran. Had umur untuk menempatkan diri di institusi pendidikan ini adalah dari seawal usia 12 tahun sehingga 31 tahun.

Maahad Buuth merupakan sebuah sekolah menengah yang bertaraf antarabangsa yang terdiri daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 6. Pengajian di Maahad Buuth adalah sama dengan dengan STAM.

Sebelum pelajar dapat memasuki ke Maahad Buuth, pelajar terlebih dahulu perlu menduduki ujian kelayakkan. Ujian kelayakkan yang dimaksudkan ialah Ujian Imtihan Qabul. Ujian ini akan menentukan sama ada pelajar berjaya atau tidak untuk menempatkan diri di Maahad Buuth.

BACA JUGA :   Kursus Bahasa Arab Di Jordan & Mesir Tahun 2020

Jika pelajar tidak berjaya untuk menempatkan diri ke Maahad Buuth, pelajar akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor. Sebelum menduduki Ujian Imtihan Qabul pelajar akan menduduki kelas untuk belajar tentang pengajian islam.

Kelas tersebut ialah Markaz Nile adalah kelas Bahasa Arab dan Sanad Tahsinul Quran adalah kelas khatam 30 juzuk Al – Quran. Tempoh pengajian di situ tidak lebih daripada satu tahun. Manakala, bagi pelajar yang akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor mereka akan mempelajari ilmu pengajian islam.

Antara subjek yang akan diajar di Dirosoh Khossor :

  • Tahsinul Quran
  • Tahfizul Quran
  • Talaqqi Dalaman
  • Pengajian Bahasa Arab
  • Pengajian Umum
  • Program Study Tour
  • Talaqqi Kitab Bersama Syeikh
BACA JUGA :   Madrasah Daulah Buka Pengajian Tanpa Perlu Sijil SPM & STAM

Bagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang, mereka akan terus diserap ke Universiti Al – Azhar di Mesir.

Pengajian di Universiti Al – Azhar adalah selama 4 tahun. Pelajar yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke Mesir, Madrasah Daulah adalah jalan yang terbaik untuk pelajar. Segala pertanyaan boleh menghubungi talian di bawah dan maklumat lanjut boleh didapati di laman web serta media sosial kami.

Madrasah Daulah : https://madrasahdaulah.com/
Daulah Educonsult : https://daulahmedic.com/
Instagram : https://www.instagram.com/daulah_educonsult/
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1 : 0189624322
Customer service 2 : 0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here