Madrasah Daulah merupakan sebuah institusi pengajian islam yang juga terletak di Mesir. Di Madrasah Daulah satu program telah dilaksanakan, program berkenaan menawar pelajar untuk menyambung pengajian. Program yang dimaksudkan ialah Maahad Buuth. Pelajar yang tidak memiliki sijil SPM dan STAM juga berpeluang untuk melanjutkan pengajian menerusi Madrasah Daulah.
Pelajar juga berpeluang untuk melanjutkan pengajian sehingga ke Universiti Al-Azhar. Caranya ialah menerusi pengajian di Maahad Buuth menerusi Madrasah Daulah. Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang di Maahad Buuth. Mereka secara tidak langsung akan terus diserap ke Universiti Al – Azhar yang terletak di Mesir. Pengajian di Universiti Al – Azhar mengambil masa selama 4 tahun.
Bagi pelajar yang mahu melanjutkan pengajian tetapi tidak mendapat sebarang tempat di mana – mana universiti. Ini adalah jalan yang terbaik untuk menyambung pengajian sehingga peringkat Ijazah Sarjana. Jika berminat untuk melanjutkan pengajian di dalam bidang pengajian islam boleh terus mendaftar menerusi Madrasah Daulah.
Untuk pengetahuan pelajar, Maahad Buuth adalah merupakan sebuah sekolah menengah yang bertaraf antarabangsa yang terdiri daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 6. Pengajian di Maahad Buuth adalah sama dengan dengan STAM yang terdapat di Malaysia.
Peluang pengajian di Maahad Buuth ini dibuka kepada pelajar lelaki dan perempuan. Pelajar yang mempunyai semangat yang tinggi untuk menimba ilmu dan ingin cemerlang dalam pelajaran. Had umur untuk menempatkan diri di institusi pendidikan ini adalah dari seawal usia 12 tahun sehingga 31 tahun. Sekiranya pelajar berminat, pelajar boleh memohon untuk menyambung pengajian di Maahad Buuth menerusi Madrasah Daulah.
Kemasukkan ke Maahad Buuth memerlukan pelajar untuk menduduki ujian kelayakan terlebih dahulu. Ujian kelayakan yang dimaksudkan ialah Ujian Imtihan Qabul. Ianya akan menentukan sama ada pelajar berjaya atau tidak untuk menempatkan diri di Maahad Buuth.
Sekiranya pelajar tidak berjaya untuk melepasi ujian kelayakan untuk memasuki ke Maahad Buuth, pelajar akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor. Sebelum menduduki Ujian Imtihan Qabul tersebut pelajar akan menghadiri kelas.
Kelas yang dimaksudkan ialah Markaz Nile dan Sanad Tahsinul Quran. Markaz Nile adalah kelas Bahasa Arab, manakala Sanad Tahsinul Quran adalah kelas khatam 30 juzuk Al – Quran. Tempoh pengajian di situ tidak lebih daripada satu tahun. Manakala, bagi pelajar yang akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor mereka akan mempelajari ilmu pengajian islam.
Antara subjek yang akan diajar di Dirosoh Khossor :
- Tahsinul Quran
- Tahfizul Quran
- Talaqqi Dalaman
- Pengajian Bahasa Arab
- Pengajian Umum
- Program Study Tour
- Talaqqi Kitab Bersama Syeikh
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian di bawah dan maklumat lanjut boleh didapati di laman web serta media sosial kami.
Madrasah Daulah : https://madrasahdaulah.com/
Daulah Educonsult : https://daulahmedic.com/
Instagram : https://www.instagram.com/daulah_educonsult/
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1 : 0189624322
Customer service 2 : 0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)