Kemasukan ke Madrasah Daulah mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada pelajar yang berumur 12 tahun hingga 31 tahun. Hal ini kerana mereka sedar bahawa kemasukan ke Madrasah Daulah tidak memerlukan sebarang sijil seperti SPM dan STAM. Kemasukan ke Madrasah Daulah adalah pada Oktober dan November 2020. Di Madrasah Daulah, pelajar boleh membuat persiapan rapi untuk hadapi ujian kelayakan ke Maahad Buuth iaitu Ujian Imtihan Qabul.
Madrasah Daulah komited dalam membantu pelajar mencapai impian untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi walaupun kekurangan sijil pendidikan yang sesuai. Di Madrasah Daulah, pelajar akan didedahkan dengan subjek berikut:
?Tahsinul QURAN
?Tahfizul Quran
?Talaqqi Dalaman
?Talaqqi Kitab Bersama Syeikh
?Pengajian Umum
?Pengajian Bahasa Arab
?Program Study Tour
Ianya adalah sebagai persiapan pelajar untuk menghadapi kemasukan ke Maahad Buuth. Pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke Maahad Buuth akan melakukan persiapan yang sangat rapi dan majoriti mereka memilih Madrasah Daulah. Kemasukan ke Madrasah Daulah boleh dilakukan menerusi pendaftaran bersama Daulah Educonsult.
Selepas menduduki ujian kemasukan tersebut, pelajar akan ditempatkan sama ada ke Maahad Buuth atau ke Dirosah Khossoh bergantung kepada taraf penguasaan pelajar itu sendiri. Dirosah Khossoh adalah tempat pelajar yang kurang cemerlang ketika menjalani Ujian Imtihan Qabul manakala jika pelajar cemerlang, pelaajr akan terus melanjutkan pengajian ke Maahad Buuth.
Di Maahad Buuth, bukan sahah Malaysia, negara membangun dan juga negara Islam berebut untuk menghantar pelajar ke institusi pendidikan ini. Hal ini kerana Maahad Buuth adalah berada di bawah kelolaan Institusi Ilmu Al-Azhar Asy Syariff. Hampir 114 buah negara memilih untuk menghantar pelajar mereka ke Maahad Buuth. Tambahan, pelajar lelaki dan perempuan akan diasingkan ketika proses pengajian dijalankan.
Pelajar yang berpeluang melanjutkan pengajian ke Maahad Buuth akan menikmati pengajian secara percuma. Hal ini dimana pelajar hanya perlu menyediakan kelengkapan pengajian sementara kos pengajian dan tenaga pengajar ditanggung sepenuhnya oleh Institusi Al-Azhar tersebut.
Maahad Buuth adalah platform terbaik pelajar fasih berbahasa Arab. Hal ini kerana kelas dijalankan dalam dua bahasa iaitu bahasa Inggeris dan juga bahasa Arab. Namun kebanyakan pensyarah akan menggunakan bahasa Arab. Oleh itu, Deenamik yakin, anda pasti fasih berbahasa Arab jika mengikuti pengajian di Maahad Buuth.
Sistem ‘lompat kelas’ masih diamalkan di Maahad Buuth. Pelajar yang cemerlang diberi peluang untuk lompat sehingga dua kelas jika cemerlang dalam sesuatu peperiksaan. Oleh itu, tempoh masa untuk pelajar tamatkan pengajian adalah berbeza bagi setiap pelajar kerana bergantung kepada penguasaan pelajar itu sendiri.

Selepas menamatkan pengajian di Madrasah Daulah dan Maahad Buuth, pelajar akan meneruskan pengajian ke Universiti Al-Azhar di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam. Tempoh pengajian adlaah selama 4 tahun sahaja.
Jangan ketinggalan untuk lakukan pendaftaran ke Madrasah Daulah. Kuota yang ditawarkan juga semakin susut. Daftar segera dengan hanya klik link di bawah :
Jalani sesi konsultasi bersama konsultan terbaik di Daulah Educonsult.
Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir, Poland, Rusia, Indonesia, Turki, Bangladesh dan sebagainya. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Farmasi, Pergigian, Gerontologi, Akaun, Kejuruteraan Pesawat, Perniagaan Antarabangsa, Teknologi Maklumat dan lain-lain.
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian
- Customer service 1 :0189624322
- Customer service 2 :0182429322
- Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)