Pasti menarik bukan dapat belajar ke Mesir sehingga ke peringkat Ijazah Sarjana. Madrasah Daulah dapat membantu mereka yang ingin belajar ke Mesir berdaftar tanpa memerlukan sebarang sijil pun. Apa yang menariknya ialah Madrasah Daulah juga menawarkan pembelajaran ke Mesir kepada mereka yang berumur 12 hingga 31 tahun.
Namun, sebelum mereka melakukan pendaftaran, mereka akan ditemu ramaholeh pihak Madrasah Daulah. Pelajar juga akan ditawarkan dengan khidmat konsultan secara percuma. Madrasah Daulah membuka peluang pendaftaran kemasukan ke program Maahad Buuth.
Sebelum masuk ke Maahad Buuth, pelajar akan dimasukkan ke kelas sebagai persediaan untuk mereka menduduki Ujian Imtihan Qabul. Ujian ini adalah ujian penentuan pelajar memasuki ke program tersebut. Kelas tersebut ialah Markaz Nile dan Sanad Tahsinul Quran.
  • Markaz Nile : kelas Bahasa Arab
  • Sanad Tahsinul Quran : kelas khatam 30 juzuk Al-Quran
Penulis sentiasa dapat soalan seperti di bawah.

“Saya tak pernah belajar Bahasa Arab. Tapi berminat nak sambung belajar. Boleh ke berdaftar ke Madrasah Daulah?”.

Jawapannya mestilah boleh. Kelas tersebut akan mengajar pelajar berbahasa Arab sepenuhnya. Antara subjek yang diberikan ialah
    • Tahsiinul Qur’an
    • Tahfizul Qur’an
    • Talaqqi Dalaman
    • Pengajian Bahasa Arab
    • Pengajian Umum
    • Program Study Tour
    • Talaqqi Kitab Bersama Syeikh
Tempoh pengajian di kelas tersebut adalah tidak lebih daripada satu tahun. Selepas tamat mengikuti kela tersebut, sudah sampai masanya pelajar menduduki Ujian Imtihan Qabul.
Soalan dalam ujian tersebut adalah dalam Bahasa Arab sepenuhnya. Jadi pelajar perlu belajar dengan bersungguh-sungguh semasa di dalam kelas tersebut.
Maahad Buuth adalah program yang ditawarkan kepada pelajar yang melepasi Ujian Imtihan Qabul tersebut. Program tersebut merupakan sekolah menengah yang mempunyai 6 tingkatan bermula dari tingkatan 1 hingga 6. Pengajiannya juga adalah sama dengan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
Pelajar yang tidak melepasi ujian tersebut akan dimasukkan ke Dirsoh Khossor yang merupakan pra-menengah. Tempoh pengajiannya juga adalah sama seperti Maahad Buuth. Pelajar akan didedahkan dengan pengajian Bahasa Arab.
Selepas tamatnya pengajian di Madrasah Daulah, mereka akan diamsukkan ke Universiti Al-Azhar, Mesir. Sebelum terlupa, pelajar akan dijaga oleh mudir sepanjang mereka belajar di Madrasah Daulah.
Bidang yang ditawarkan di Universiti Al-Azhar kepada graduan Madrasah Daulah ialah bidang pengajian Islam.
Bidang ini terdapat beberapa pecahan iaitu Bahasa Arab, Usuluddin dan Syariah. Mereka juga akan melanjutkan pelajaran ke universiti tersebut pada peringkat ijazah sarjana muda selama 4 tahun.
Sekiranya berminat untuk berdaftar ke Madrasah Daulah, sila hubungi nombor yang tertera di bawah.
Daulah Educonsult : https://daulahmedic.com/
Madrasah Daulah : https://madrasahdaulah.com/
Instagram : https://www.instagram.com/daulah_educonsult/
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here