Maahad Buuth merupakan salah satu program yang telah ditawarkan oleh Madrasah Daulah kepada pelajar-pelajar. Madrasah Daulah ialah sebuah institusi agama yang ditawarkan kepada pelajar yang tidak mempunyai sebarang sijil SPM atau STAM.
Pendaftaran ke Madrasah Daulah adalah dibuka kepada mereka yang berusia 12 hingga 31 tahun tanpa mengira lelaki atau perempuan. Selain itu, pelajar juga akan ditawarkan dengan khidmat konsultan secara percuma.
Apabila selesai mereka lakukan pendaftaran di Madrasah Daulah, mereka tidak akan terus masuk ke Maahad Buuth. Sebaliknya mereka perlu masuk ke kelas sebagai persediaan untuk menduduki ujian. Ujian tersebut ialah Ujian Imtihan Qabul. Kelas yang dimaksudkan ialah
-
-
Markaz Nile : kelas Bahasa Arab
-
Sanad Tahsinul Quran : kelas khatam 30 juzuk Al-Quran
-
Tempoh pengajian ke dalam kelas tersebut ialah tidak lebih daripada setahun. Selepas tamat pengajian di dalam kelas tersebut, sudah sampai masanya untuk mereka menduduki Ujian Imtihan Qabul. Ujian ini adalah ujian penentuan.
Ujian yang akan menentukan pelajar samada masuk ke Maahad Buuth atau pun tidak. Pelajar yang melepasi ujian tersebut akan dimasukkan ke dalam Maahad Buuth. Maahad Buuth ialah sekolah menengah yang terdiri daripada tingkatan 1 hingga 6.
Malah, pengajiannya juga adalah sama dengan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Tetapi bagi pelajar yang tidak berjaya melepasi ujian tersebut akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor. Dirosoh Khossor ialah pra-menengah.
Di sini juga terdiri daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 6. Mereka akan belajar dalam Bahasa Arab sepenuhnya sepanjang di Madrasah Daulah. Antara subjek yang akan dipelajari sepanjang di Dirosoh Khossor ialah :
-
-
Tahsiinul Qur’an
-
Tahfizul Qur’an
-
Talaqqi Dalaman
-
Pengajian Bahasa Arab
-
-
-
Pengajian Umum
-
Program Study Tour
-
Talaqqi Kitab Bersama Syeikh
-