Madrasah Daulah ialah sebuah pusat Pengajian Islam yang terletak di Kaherah, Mesir. Madrasah ini dibuka kepada mereka yang tidak mempunyai sebarang sijil SPM atau STAM.
Malah, pendaftaran juga dibuka kepada mereka yang berusia 12 hingga 31 tahun tanpa mengira lelaki atau perempuan. Sepanjang mereka belajar di sana, mereka akan dijaga oleh Mudir.
Maahad Buuth ialah sekolah menengah yang terdiri daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 6. Pengajian di Maahad Buuth adalah sama dengan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
Semasa pelajar hendak lakukan pendaftaran, pihak Madrasah Daulah akan menawarkan perkhidmatan konsultan secara percuma. Mereka tidak akan terus masuk ke Maahad Buuth.
Sebaliknya mereka akan dimasukkan ke dalam kelas sebagai persediaan untuk menduduki ujian penetuan. Ujian penentuan tersebut ialah Ujian Imtihan Qabul.
Kelas yang mereka akan masuk ialah Markaz Nile dan Sanad Tahsinul Quran. Markaz Nile ialah kelas Bahasa Arab manakala Sanad Tahsinul Quran ialah kelas khatam 30 juzuk Al-Quran.
Selain itu, kelas tersebut akan membantu pelajarĀ untuk belajar dalam Bahasa Arab. Jika tidak mempunyai asas dalam Bahasa Arab tidak perlu risau lagi.
Selepas tamat pengajian di kedua-dua kelas tersebut, maka sudah sampai masanya untuk pelajar menduduki ujian penentuan. Ujian ini adalah yang akan menentukan pelajar masuk ke Maahad Buuth.
Pelajar yang melepasi ujian tersebut akan dimasukkan ke Maahad Buuth. Jika sebaliknya, mereka akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor. Dirosoh Khossor ialah pra-menengah yang terdiri daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 6.
Sepanjang di Dirosoh Khossor, mereka akan didedahkan dengan beberapa subjek. Antaranya ialah :
-
-
Tahsiinul Qur’an
-
Tahfizul Qur’an
-
Talaqqi Dalaman
-
Pengajian Umum
-
Program Study Tour
-
Pengajian Bahasa Arab
-
Talaqqi Kitab Bersama Syeikh
-