Maahad Buuth adalah institusi pendidikan idaman pelajar yang melanjutkan pengajain ke Mesir dalam bidang Pengajian Islam. Hal ini kerana untuk melayakkan diri ke Maahad Buuth bukanlah satu perkara yang mudah. Pelajar perlu buat persiapan rapi untuk menghadapi ujian kemasukan ke Maahad Buuth iaitu Ujian Imtihan Qabul. Kepada pelajar yang berminat melanjutkan pengajian ke Maahad Buuth, Deenamik cadangkan anda mendaftar dahulu ke Madrasah Daulah. Jika berminat, lakukan pendaftaran dengan hanya klik link di bawah :

https://bit.ly/32R1pPO

Pendaftaran ke Madrasah Daulah boleh dilakukan menerusi Daulah Educonsult yang merupakan konsultan pendidikan terbaik pilihan pelajar. Mereka akan uruskan proses pendaftaran anda termasuklah tiket penerbangan, visa dan sebagainya. Di Madrasah Daulah, pelajar akan dipersiapkan untuk menghadapi ujian kelayakan iaitu Ujian Imtihan Qabul ke Maahad Buuth.

BACA JUGA :   Peluang Belajar ke Maahad Buuth Bersama Madrasah Daulah.

Selepas melepasi ujian tersebut, pelajar akan ditempatkan sama ada di Maahad Buuth atau Dirosah Khossoh. Jika cemerlang, pelajar akan melanjutkan pengajian terus ke Maahad Buuth manakala jika kurang cemerlang, pelajar akan ditempatkan terlebih dahulu ke Dirosah Khossoh. Pelajar yang berpeluang melanjutkan pengajian ke Maahad Buuth akan menikmati pengajian secara percuma dimana segala tanggungan pengajian termasuklah yuran dan kos tenaga pengajar di tanggung sepenuhnya oleh Institusi Al-Azhar.

Pelajar hanya perlu menyediakan kelengkapan pengajian seperti buku dan sebagainya. Selepas menamatkan pengajian di Maahad Buuth, pelajar akan terus melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar dalam bidang Pengajian Islam. Tempoh pengajian adalah selama 4 tahun sahaja.

BACA JUGA :   Kenali Lebih Mendalam Tentang Perubatan di Mymensingh Medical College

Peluang kemasukan ke Madrasah Daulah adalah terbuka kepada pelajar yang tidak memiliki sijil SPM atau STAM. Kemasukan ini layak dipohon oleh pelajar seawal usia 12 tahun hingga 30 tahun.

Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir, Poland, Rusia, Indonesia, Turki, Bangladesh dan sebagainya.  Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Farmasi, Pergigian, Gerontologi, Akaun, Kejuruteraan Pesawat, Perniagaan Antarabangsa, Teknologi Maklumat dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here