Para pelajar berpeluang untuk menyambung pengajian sehingga ke peringkat ijazah sarjana menerusi Madrasah Daulah. Madrasah Daulah ialah sebuah institusi pengajian islam yang terletak di Mesir. Di sini juga menawarkan saru program di mana pelajar boleh menyambung pengajian sehingga ke Universiti Al – Azhar. Program yang dimaksudkan ialah Maahad Buuth.

Maahad Buuth merupakan sebuah sekolah menengah yang bertaraf antarabangsa yang terdiri daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 6. Pengajian di Maahad Buuth adalah sama dengan dengan STAM yang terdapat di Malaysia.

Peluang pengajian ini terbuka kepada pelajar lelaki dan perempuan yang mempunyai semangat yang tinggi untuk menimba ilmu dan ingin cemerlang dalam pelajaran. Had umur untuk menempatkan diri di institusi pendidikan ini adalah dari seawal usia 12 tahun sehingga 31 tahun.

Sekiranya pelajar berminat, pelajar boleh memohon untuk menyambung pengajian di  Maahad Buuth menerusi Madrasah Daulah. Peluang ini dibuka terutama sekali untuk pelajar yang mahu melanjutkan pengajian tetapi tidak mendapat sebarang tempat di mana – mana universiti. Pelajar boleh yang berminat untuk melanjutkan pengajian di dalam bidang pengajian islam boleh terus mendaftar menerusi Madrasah Daulah.

BACA JUGA :   Tempah Seat Anda Sekarang Di Universitas Sumatera Utara, Indonesia (September 2022)

Sebelum pelajar dapat memasuki ke Maahad Buuth, pelajar akan menduduki ujian kelayakkan terlebih dahulu. Ujian kelayakkan yang dimaksudkan ialah Ujian Imtihan Qabul. Ujian ini akan menentukan sama ada pelajar berjaya atau tidak untuk menempatkan diri di Maahad Buuth.

Bagi pelajar  yang tidak berjaya untuk melepasi ujian kelayakkan untuk memasuki ke Maahad Buuth, pelajar akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor terlebih dahulu. Sebelum menduduki Ujian Imtihan Qabul pelajar akan menduduki kelas untuk belajar tentang pengajian islam.

Kelas yang akan diduduki ialah Markaz Nile dan Sanad Tahsinul Quran. Markaz Nile adalah kelas Bahasa Arab, manakala Sanad Tahsinul Quran adalah kelas khatam 30 juzuk Al – Quran. Tempoh pengajian di situ tidak lebih daripada satu tahun. Manakala, bagi pelajar yang akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor mereka akan mempelajari ilmu pengajian islam.

BACA JUGA :   Budaya Menarik yang Ada di Makassar

Antara subjek yang akan diajar di Dirosoh Khossor :

  • Tahsinul Quran
  • Tahfizul Quran
  • Talaqqi Dalaman
  • Pengajian Bahasa Arab
  • Pengajian Umum
  • Program Study Tour
  • Talaqqi Kitab Bersama Syeikh

Peluang bagi pelajar untuk memasuki Universiti Al-Azhar adalah sangat cerah, jika pelajar berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang, mereka secara tidak langsung akan terus diserap ke Universiti Al – Azhar di Mesir.

Pengajian di Universiti Al – Azhar mengambil masa selama 4 tahun. Jika terdapat pelajar yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke Mesir, Madrasah Daulah adalah jalan yang terbaik untuk pelajar.

Segala pertanyaan boleh menghubungi talian di bawah dan maklumat lanjut boleh didapati di laman web serta media sosial kami.

Madrasah Daulah : https://madrasahdaulah.com/
Daulah Educonsult : https://daulahmedic.com/
Instagram : https://www.instagram.com/daulah_educonsult/
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1 : 0189624322
Customer service 2 : 0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here