Safer kini sedang giat membuka peluang pekerjaan kepada mereka yang berminat jana pendapatan sampingan.
Kerja kosong yang ditawarkan di Safer ialah sebagai pemandu kenderaan e-hailing Safer.
Mereka yang hendak berdaftar dengan Safer boleh lakukan secara percuma. Hanya dengan muat turun aplikasi SAFER DRIVER menerusi Google Play Store atau Apps Store. Mereka juga boleh lakukan pendaftaran dengan hanya klik link di bawah.
Safer Driver : http://tinyurl.com/ycetm3vh
Sebelum mereka lakukan pendaftaran, terdapat beberapa syarat dan butiran yang perlu dimuat naik. Antaranya ialah kad pengenalan, lesen D1 atau B2 dan gambar profil. Gambar profil hendaklah gambar yang kemas dan jelas.
Butiran atau maklumat lain juga perlu dimuat naik menerusi aplikasi tersebut. Mereka juga perlu memasukkan beberapa butiran ke dalam aplikasi tersebut untuk mengaktifkan akaun sebagai pemandu kenderaan e-hailing Safer.
    • Roadtax
    • Insurans
    • Geran
    • Akaun bank
Kesemua maklumat di atas hendaklah maklumat yang sahih dan sah. Amaran ini juga telah dikeluarkan oleh Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong. Hal ini kerana terdapat juga indivdu tidak bertanggungjawab menjual maklumat palsu kepada warga asing.
Apabila hal ini terjadi, ramai rakyat Malaysia tidak dapat jana pendapatan dan penggangguran akan meningkat. Malah, mereka wajib mempunyai lesen PSV dan EPV. Kedua-dua lesen ini wajib diambil untuk pemandu kenderaan e-hailing.

Lesen PSV boleh didapatkan menerusi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan perlu menduduki beberapa ujian. Manakala lesen EPV ialah lesen yang akan diberikan sendiri oleh pihak Safer.
Pemandu kenderaan e-hailing Safer boleh memilih kenderaan jenis apa yang mereka hendak daftarkan. Terdapat beberapa jenis kenderaan yang boleh dipilih untuk berdaftar.
    • SaferGo : kereta yang dikeluarkan pada tahun 2011 hingga tahun yang terkini. Kereta yang boleh didaftarkan ialah kereta jenis hashback atau sedan dengan mempunyai empat hingga lima tempat duduk.
    • Safer Gold : kereta yang mempunyai enjin berCC besar. Contoh kereta ini ialah BMW, Mercedes, Volkswagen dan banyak lagi.
    • SaferGo Xtra : kereta jenis MPV yang mempunyai enam hingga tujuh tempat duduk. Contoh kereta adalah seperti Perodua Alza, Proton Exora dan banyak lagi.
    • Safer Indulge : kereta ini mempunyai kapasiti yang jauh lebih besar daripada MPV. Contohnya adalah seperti Toyota Vellfire, Toyota Alphard dan banyak lagi.
Selain itu, mereka yang telah berdaftar boleh jana pendapatan pasif dan aktif secara serentak. Pendapatan aktif ialah pendapatan yang boleh dijana secara langsung. Pendapatan aktif berlaku apabila pengguna membuat pembayaran selepas menggunakan perkhidmatan di Safer.
Manakala pendapatan pasif ialah pendapatan yang dijana secara tidak langsung.
Pendapatan ini diperoleh dengan hanya menggunakan referral code sahaja.
Referral code tersebut boleh dikongsikan kepada orang ramai.
Apabila ada yang berdaftar di bawah kod tersebut dan menjalankan tugas sebagai Safer Delivery Partner atau Safer Driver, maka mereka akan peroleh komisen.
Semakin banyak yang berdaftar dan menjalankan tugas, semakin banyak komisen yang akan diperoleh.
Sekiranya ingin mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila layari laman web yang tertera di bawah.
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
Youtube : https://bit.ly/safergroup

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here