Maahad Buuth ialah sebuah program yang terdapat dalam Madrasah Daulah. Maahad Buuth ialah sekolah menengah yang terdiri daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 6 dan terletak di Kaherah, Mesir.
Pelajar yang tidak mempunyai sebarang Sijil Pengajian Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pun boleh berdaftar. Madrasah Daulah membuka peluang belajar kepada mereka yang berumur 12 hingga 31 tahun tanpa mengira lelaki atau perempuan.
Sepanjang pelajar belajar di Madrasah Daulah, mereka akan dijaga oleh Mudir. Segala makan minum dan kesihatan akan dijaga oleh mudir tersebut. Jadi, ibu bapa tidak perlu risau jika menghantar anak mereka yang berusia 12 tahun belajar ke Mesir.
Pelajar yang hendak berdaftar akan ditawarkan dengan khidmat konsultan secara percuma. Konsultan tersebut akan diberikan sendiri oleh pihak Madrasah Daulah berkenaan dengan pelajaran di sana, bahasa yang digunakan, cara kehidupan dan banyak lagi.
Pelajar yang telah berjaya berdaftar tidak akan terus masuk ke Maahad Buuth. Mereka akan dimasukka ke dalam kelas Markaz Nile dan Sanad Tahsinul Quran. Markaz Nile ialah kelas Bahasa Arab manakala Sanad Tahsinul Quran ialah kelas khatam 30 juzuk Al-Quran.
Kelas ini adalah sebagai persediaan untuk menduduki ujian penentuan. Ujian tersebut ialah Ujian Imtihan Qabul yang soalannya adalah 100% Bahasa Arab. Jadi disebabkan itu, Madrasah Daulah telah menyediakan kelas Bahasa Arab kepada pelajar.
Mereka yang tidak mempunyai sebarang asas dalam Bahasa Arab tidak perlu risau kerana di Madrasah Daulah, mereka akan diajar Bahasa Arab sepenuhnya. Selepas tamat pengajian di kedua-dua kelas tersebut, sudah sampai masanya untuk mereka menduduki Ujian Imtihan Qabul.
Ujian ini adalah ujian penentuan untuk masuk ke Maahad Buuth. Pelajar yang melepasi ujian tersebut akan dimasukkan ke Maahad Buuth namun jika sebaliknya, pelajar akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor.
Dirosoh Khossor ialah pra-menengah yang terdiri daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 6. Di sini mereka akan didedahkan dengan beberapa subjek.
-
-
Tahfizul Qur’an
-
Tahsiinul Qur’an
-
Talaqqi Dalaman
-
Pengajian Umum
-
-
-
Program Study Tour
-
Pengajian Bahasa Arab
-
Talaqqi Kitab Bersama Syeikh
-