Madrasah Daulah adalah sebuah institusi pengajian yang terletak di Mesir. Untuk pengetahuan pelajar, pengajian di Madrasah Daulah tidak memerlukan sijil SPM dan STAM. Sekiranya pelajar berminat, pelajar boleh memohon untuk menyambung pengajian di Madrasah Daulah. Peluang ini dibuka terutama sekali untuk pelajar yang mahu melanjutkan pengajian tetapi tidak mendapat sebarang tempat di mana – mana universiti. Pelajar boleh melanjutkan pengajian di dalam bidang pengajian islam menerusi Madrasah Daulah.

Peluang ini diberikan dan dibuka untuk pelajar lelaki dan perempuan yang mempunyai semangat yang tinggi untuk menimba ilmu dan ingin cemerlang dalam pelajaran. Had umur untuk menempatkan diri di institusi pendidikan ini adalah dari seawal usia 12 tahun sehingga 31 tahun.

Maahad Buuth merupakan sebuah sekolah menengah yang bertaraf antarabangsa yang terdiri daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 6. Pengajian di Maahad Buuth adalah sama dengan dengan STAM yang terdapat di Malaysia.

BACA JUGA :   Budaya Tersendiri Rusia

Untuk maklumat lanjut, sebelum pelajar dapat memasuki ke Maahad Buuth, pelajar akan menduduki ujian kelayakkan terlebih dahulu. Ujian kelayakkan yang dimaksudkan ialah Ujian Imtihan Qabul. Ujian ini akan menentukan sama ada pelajar berjaya atau tidak untuk menempatkan diri di Maahad Buuth.

Sekiranya pelajar tidak berjaya untuk melepasi ujian kelayakkan untuk masuk ke Maahad Buuth, pelajar akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor. Sebelum menduduki Ujian Imtihan Qabul pelajar akan menduduki kelas untuk belajar tentang pengajian islam.

Kelas tersebut ialah Markaz Nile adalah kelas Bahasa Arab dan Sanad Tahsinul Quran adalah kelas khatam 30 juzuk Al – Quran. Tempoh pengajian di situ tidak lebih daripada satu tahun. Manakala, bagi pelajar yang akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor mereka akan mempelajari ilmu pengajian islam.

BACA JUGA :   Daulah Educonsult Menawarkan Kos Pengajian Terendah Ke Luar Negara

Antara subjek yang akan diajar di Dirosoh Khossor :

  • Tahsinul Quran
  • Tahfizul Quran
  • Talaqqi Dalaman
  • Pengajian Bahasa Arab
  • Pengajian Umum
  • Program Study Tour
  • Talaqqi Kitab Bersama Syeikh

Peluang cerah untuk pelajar memasuki Universiti Al-Azhar, ianya jika pelajar berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang, mereka secara tidak langsung akan terus diserap ke Universiti Al – Azhar di Mesir.

Pengajian di Universiti Al – Azhar mengambil masa selama 4 tahun. Jika terdapat pelajar yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke Mesir, Madrasah Daulah adalah jalan yang terbaik untuk pelajar. Segala pertanyaan boleh menghubungi talian di bawah dan maklumat lanjut boleh didapati di laman web serta media sosial kami.

Madrasah Daulah : https://madrasahdaulah.com/
Daulah Educonsult : https://daulahmedic.com/
Instagram : https://www.instagram.com/daulah_educonsult/
Hubungi talian hotline : 0392851322
Customer service 1 : 0189624322
Customer service 2 : 0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here