Perniagaan makanan anda kini boleh diluaskan menerusi Safer Food. Cara untuk meluaskannya mudah sahaja sertai Safer sebagai Safer Food Merchant. Safer Food Merchant merupakan sebuah platform untuk peniaga meluaskan perniagaan jualan makanan dan minuman secara atas talian.

Safer Food ini sangat bersesuaian dengan mereka yang mahu berniaga secara atas talian. Malah, suri rumah yang membuat perniagaan secara kecil – kecilan juga boleh mempromosikan makanan mereka di sini.

Home kitchen, peniaga kecil, warung, vendor dan restoran juga boleh mendaftar dengan Safer Food Merchant unruk berniaga secara atas talian.

Bukan itu sahaja, Safer akan turut bantu mempromosikan perniagaan anda dan Safer sangat menggalakkan peniaga untuk mendaftar bersama Safer Food Merchant. Bagaimanapun, terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh peniaga untuk menyertai Safer Food Merchant. Syarat yang ditetapkan memiliki kad pengenalan diri, lesen perniagaan, sijil halal dan juga memiliki sijil SSM.

Selain itu, peniaga juag perlu melengkapkan butiran perniagaan. Antara yang perlu dilengkapkan ialah waktu kedai beroperasi, senarai menu makanan dan minuman, harga makanan dan minuman dan juga lokasi perniagaan anda.

BACA JUGA :   Dapatkan Safer Delivery Dengan Menggunakan Kod saferSyok3 Untuk Potongan Harga

Jika, peniaga berminat untuk menyertai Safer Food Merchant, muat turun aplikasi Safer Food yang terdapat di Google Play Store ataupun Apple App Store. Peniaga juga boleh klik link di bawah untuk terus mendaftar.

Link Safer Food : https://www.safer.my/sign-up-restaurant

Google Play Store : https://bit.ly/SaferFood-PlayStore-Install
Apple App Store : https://bit.ly/SaferFood-AppStore

Antara makanan yang boleh peniaga jual ialah seperti makanan jenis berat (nasi lemak, nasi beriani, mee goreng dan lain – lain), pencuci mulut dan juga kuih muih. Makanan Cina, India, Melayu dan Barat juga boleh di jual di sini. Peniaga dibenarkan untuk menjual pelbagai jenis makanan dan minuman dan Safer tidak mengehadkan makanan yang peniaga ingin jual. Tetapi peniaga perlu memastikan makanan tersebut adalah halal dan boleh dimakan.

Pendaftaran adalah percuma dan Safer juga menyediakan khidmat penghantaran dan pengambilan makanan disediakan. Cara untuk mendaftar juga senang, ianya dengan hanya menangkap gambar dokumen yang diperlukan. Akaun kedai anda akan ada di aplikasi Safer setelah peniaga muat turun aplikasi Safer Food. Peniaga mestilah melengkapkan profil perniagaan dan juga digalakkan untuk meletakkan gambar – gambar makanan di situ. Ini adalah untuk menarik minat pelanggan untuk membeli makanan anda.

BACA JUGA :   Promosi Sampai Akhir Tahun Kepada Semua Pengguna Safer!

Selain itu, Safer juga menyediakan kelas kepada peniaga yang mempunyai masalah dalam apa jua keadaan seperti tidak tahu cara mendaftar, muat naik dokumen atau melengkapkan butiran perniagaan. Kelas boleh ditempah dengan Safer. Safer menyediakan kelas kepada peniaga yang masih keliru dan tidak faham tentang sebarang urusan pendaftara.

Untuk melakukan tempahan, peniaga perlu memilih hari dan masa yang dikehendaki dan boleh menekan link di bawah.

Kelas Bersama Safer Food : https://bit.ly/KelasBersamaSaferFood

 

Safer Food : 018-9624322

Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
Youtube : https://bit.ly/safergroup

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here