Home Covid-19 PKPB di Mukim Klang.

PKPB di Mukim Klang.

703
0

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di kawasan Sabah (Sandakan, Papar, Tuaran) dan mukim Klang. Terdapat 36 kawasan yang akan terlibat dengan PKPB ini di mukim Klang. PKPB berkuatkuasa pada 12.01 am malam tadi sehingga 22 Oktober depan.

Senarai 36 kawasan yang terlibat ialah :

  1. Bandar Bukit Tinggi
  2. Kampung Johan Setia
  3. Kampung Bukit Naga
  4. Kampung Perigi Nenas
  5. Kampung Kuantan
  6. Kampung Serdang
  7. Bandar Puteri
  8. Kampung Sungai Kandis
  9. Taman Sri Andalas
  10. Lorong Sungai Udang
  11. Taman Suria
  12. Mutiara Bukit Raja
  13. Bandar Klang
  14. Pangsapuri Bukit Kuda
  15. Ken Rimba Jimbaran
  16. Pangsapuri Palm Garden
  17. Taman Andalas Permai
  18. Taman Desa Meru
  19. Taman Seri Lembayung
  20. Taman Gembira
  21. Kampung Delek Kiri
  22. Taman Kim Batu Belah
  23. Kampung Sungai Udang
  24. Taman Klang Perdana
  25. Taman Bayu Perdana
  26. Taman Klang Utama
  27. Taman Sentosa
  28. Taman Pendamar Indah
  29. Jalan Dato Dagang
  30. Taman Sejati
  31. Jalan Haji Tarmizi
  32. Taman Setia
  33. Jalan Kebun
  34. Taman Sri Muda
  35. Jalan Muhibbah
  36. Taman Tenaga Bakti
BACA JUGA :   64% Rakyat Malaysia Mahu Sekatan Rentas Negeri Dilonggarkan

Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semasa tempoh PKPB selama 14 hari berkenaan semua restoran, kedai makan, kedai runcit, gerai makan, warung serta serbaneka dibenarkan untuk beroperasi bermula pada pukul 6 pagi hingga pukul 11 malam sahaja.

Manakala, waktu operasi untuk pasar borong ialah pukul 4 pagi hingga 2 petang, pasar biasa pula bermula pukul 6 pagi hingga 2 petang, pasar tani beroperasi pada pukul 6 pagi sehingga 12 tengah hari dan pasar malam tidak dibenarkan dalam tempoh PKPB ini.

Bagi klinik dan hospital kerajaan dan swasta, waktu operasi  hanya dibenarkan selama 24 jam. Farmasi dan kedai jual ubat-ubatan pula bermula pada pukul 8 pagi hingga 11 malam. Perkhidmatan e-hailing, pengangkutan awam seperti bas dan teksi dibenarkan beroperasi bermula pukul 6 hingga 12 tengah malam.

BACA JUGA :   Kes COVID-19 Kembali Melebihi Kes Pulih Sebanyak 4094.

Menurutnya lagi, hanya ketua keluarga digalakkan untuk keluar rumah untuk mendapatkan bekalan keperluan dan individu yang berisiko tinggi pula tidak digalakkan untuk keluar ke kawasan awam, terbuka dan juga sesak. Manakala, untuk aktiviti sukan, pendidikan dan rumah agama adalah ditutup dan tidak dibenarkan selama tempoh berkenaan.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

error: Content is protected !!