Safer merupakan sebuah syarikat e-hailing yang sedang berkembang pesat seiring dengan syarikat e-hailing yang lain.
Banyak susur galur yang dihapadapi Safer semakin mudah untuk diharungi kerana pengalaman yang banyak.
Safer telah menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada pengguna. Menarik lagi, kesemua perkhidmatan boleh didapatkan hanya dalam satu lokasi sahaja.
Malah, setiap perkhidmatan juga mempunyai promosi mereka sendiri bagi memudahkan pengguna.
Safer Ride ialah perkhidmatan kepada pengguna untuk menempah kereta ke destinasi pilihan mereka sendiri. Pengguna juga boleh membuat pilihan jenis kereta apa yang hendak ditempah.
    • SaferGo : kereta yang mempunyai empat hingga lima tempat duduk. Kereta ini sesuai untuk pengguna yang hendak ke pejabat, tempat kerja, hospital, pasar atau lain-lain tempat.
    • Safer Gold : kereta yang mempunyai enjin berCC besar. Kereta ini sesuai untuk pengguna yang hendak ke sesuatu acara atau sesuatu majlis. Contohnya adalah seperti BMW, Mercedes, Volkswagen dan banyak lagi.
    • SafeGo Xtra : kereta yang mempunyai enam hingga tujuh tempat duduk dengan kapasiti yang luas. Pengguna yang ramai boleh dapatkan kereta jenis MPV ini.
    • Safer Indulge : kereta yang mempunyai saiz yang jauh lebih besar daripada MPV. Pengguna yang hendak ke lapangan terbang boleh dapatkan kenderaan jenis ini. Contohnya adalah seperti Toyota Alphard, Toyota Vellfire dan banyak lagi.
Promosi bagi Safer Ride adalah sehingga ke hujung tahun ini. Promosi tersebut ialah potongan harga sebanyak RM3 dengan menggunakan promo kod SaferSyok3. Penggunaan kod ini adalah sebanyak sekali sahaja.

Safer Food ialah perkhidmatan untuk pengguna mendapatkan pelbagai jenis makanan yang mereka hendak dalam talian. Pelbagai jenis makanan boleh didapatkan dari sarapan hingga ke makan malam. Semuanya hanya dalam satu aplikasi sahaja.
Safer Food membuat sesuatu yang menarik kepada pengguna iaitu penghantaran makanan secara percuma. Mereka hanya perlu membayar makanan yang ditempah sahaja. Tiada promo kod yang perlu digunakan untuk mendapatkan penghantaran secara penghantaran.
Safer Delivery ialah pengguna membuat tempahan untuk menghantar barangan kepada si penerima. Terdapat dua jenis penghantaran yang boleh dipilih oleh pengguna. Barang akan dihantar oleh rakan penghantar Safer yang telah berdaftar.

    • Single Delivery : penghantaran yang boleh ke satu lokasi sahaja  dalam satu-satu masa.
    • Multi Delivery : penghantaran yang boleh ke banyak lokasi dalam satu-satu masa iaitu sebanyak 5 lokasi dalam satu-satu masa.
Penghantaran boleh dihantar mengikut  berat yang ditimbang. Sekiranya barang tersebut kurang daripada 10 kg, digalakkan untuk memilih motorsikal. Ini supaya penghantaran menjadi lebih pantas.
Namun sekiranya barangan tersebut lebih daripada 10 kg, digalakkan menggunakan kenderaan jenis empat roda. Ini bagi mengelakkan sebarang kerosakan pada barangan tersebut.
Sekiranya ingin mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila layari laman web yang tertera di bawah.
Live Chat Safer : https://www.safer.my/
Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/
Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/
Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial
Youtube : https://bit.ly/safergroup 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here