Madrasah Daulah merupakan sebuah institusi agama yang terletak di Mesir. Malah, Madrasah Daulah juga telah membuka pendaftaran kepada mereka yang berusia 12 hingga 31 tahun tanpa mengira lelaki atau perempuan. Pelajar yang hendak berdaftar akan ditawarkan dengan khidmat konsultan secara percuma.
Konsultan yang akan diberikan adalah berkaitan dengan Madrasah Daulah tentang pengajian sepanjang di sana, subjek, rutin harian dan banyak lagi. Tambahan, pelajar yang berdaftar ke Madrasah Daulah akan dijaga oleh Mudir sepanjang mereka di Mesir. Mudir ini yang diberi tanggungjawab untuk menjaga segala keselamatan mereka di sana.
Pelajar yang telah berdaftar ke Madrasah Daulah akan ditawarkan dengan satu program iaitu Maahad Buuth. Maahad Buuth ialah sekolah menengah yang mempunyai enam tingkatan. Namun sebelum memasuki ke Maahad Buuth, pelajar perlu menduduki Ujian Imtihan Qabul. Ujian tersebut adalah ujian penentuan untuk pelajar.
Sebelum menduduki ujian tersebut, pelajar akan dimasukkan ke dalam kelas. Kelas tersebut ialah Markaz Nile dan Sanad Tahsinul Quran. Markaz Nile ialah kelas Bahasa Arab manakala Sanad Tahsinul Quran ialah kelas khatam 30 juzuk Al-Quran. Semasa mereka di Madrasah Daulah, mereka akan diajar dalam Bahasa Arab.
Selepas tamatnya pengajian di kelastersebut, mereka akan menduduki Ujian Imtihan Qabul. Ujian tersebut ialah ujian Bahasa Arab. Pelajar yang melepasi ujian itu akan dimasukkan ke Maahad Buuth. Tetapi bagi pelajar yang tidak melepasi ujian itu akan dimasukkan ke Dirosoh Khossor.
Dirosoh Khossor adalah program yang akan membantu pelajar untuk menguasai semula subjek di dalam Madrasah Daulah. Tempoh pengajiannya juga adalah selama 6 tahun dari tingkatan 1 hingga 6.
Selepas tamat pengajian di Madrasah Daulah, pelajar akan ditawarkan untuk masuk ke Universiti Al-Azhar, Mesir. Mereka akan sambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam. Bidang ini mempunyai tiga pecahan iaitu Syariah, Bahasa Arab dan Usuluddin.
Sekiranya berminat untuk berdaftar ke Madrasah Daulah, pelajar boleh menghubungi nombor yang tertera di bawah.
Dalam dunia pemakanan, banyak makanan yang dilabel sebagai "tidak sihat" kerana kandungan kalori, lemak atau gula yang tinggi. Namun, tidak semua makanan yang dianggap...
Murmansk, sebuah bandar di Rusia yang terletak di dalam Lingkaran Artik, terkenal dengan keadaan cuaca ekstrem dan fenomena alam yang luar biasa. Salah satu...
Sambut Ramadan di Negara Orang: Pengalaman Berbeza, Keberkatan Sama
Ramadan adalah bulan yang dinanti-nantikan oleh umat Islam di seluruh dunia. Namun, bagi mereka yang berada...